Jan 20, 2026 5PM
Haram minum susu perahan bangkai yang boleh dimakan dagingnya
Hukum mengambil susu yang diperah daripada bangkai haiwan yang boleh dimakan dagingnya seperti kambing, lembu dan biri-biri adalah haram.
Humaira Global dalam sebuah hantaran berkata, perbincangan bagi isu itu telah melalui pelbagai pandangan ulama’, kaedah fiqh dan konsep najis yang akhirnya boleh disimpulkan sebagai haram untuk dimakan bagi pengguna Muslim.
Memetik ulasan Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Al-Bakri, syarikat itu menjelaskan susu yang diperah daripada bangkai haiwan yang boleh dimakan adalah haram diambil kerana susu tersebut dianggap sebagai najis.

Infografik yang dikongsikan oleh Humaira Global di LinkedIn. (kredit foto: LinkedIn Humaira Global)
“Kantung susu tersebut adalah sebahagian daripada bangkai haiwan itu, menjadikannya bekas najis yang mencemarkan susu di dalamnya.
“Hukum itu juga dibuat berdasarkan kaedah Al-Tabi’ Tabi, hukum boleh dijatuhkan ke atas sesuatu (susu) adalah mengikut hukum asalnya (bangkai haiwan).
“Malah, susu tersebut termasuk dalam golongan Khaba’ith, iaitu Islam mengharamkan segala benda yang buruk atau menjijikkan daripada dimakan kecuali dalam keadaan darurat,” katanya.

Susu adalah sumber protein yang penting, khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
Namun, menurut infografik Humaira Global, terdapat perbezaan pendapat di antara ulama’ yang menyatakan bahawa hukum mengambil susu yang diperah daripada bangkai boleh dimakan adalah harus.
Misalnya, pendapat Imam Abu Hanifah yang berlandaskan Surah al-Nahl ayat 66 menyifatkan susu sebagai bahan yang bersih, katanya.
Sementara itu, majoriti atau Jumhur ulama’ berpendapat bahawa memandangkan bangkai haiwan adalah najis, maka keseluruhan bahagiannya termasuk susu adalah najis lalu haram untuk diminum.
Waktu Solat


26 Jan 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:50












