Back To All

Apr 10, 2026 11PM

Kerajaan perkukuh strategi bekalan bahan api, keperluan asas demi kelangsungan ekonomi

Kerajaan menumpukan usaha untuk memastikan bekalan bahan api serta barangan keperluan asas sentiasa mencukupi agar aktiviti ekonomi dapat terus berjalan, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.


Beliau menjelaskan isu bekalan bahan api menjadi cabaran utama susulan krisis tenaga global, dengan keutamaan negara kini tertumpu kepada memastikan bekalan tersebut kekal mencukupi.


“Meneliti pandangan seperti Bank Dunia, kita tahu bahawa krisis yang berlaku ketika ini adalah isu bekalan.

 

“Oleh itu, segala kekuatan yang ada itu sepatutnya tertumpu kepada menjamin (ketersediaan) bekalan bahan api dan bahan asas untuk membolehkan kegiatan ekonomi ini terus ada,” katanya dipetik Bernama. 

 

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa bekalan bahan api negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun, Akmal Nasrullah menyatakan keyakinan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mengambil langkah bagi memastikan kesinambungan bekalan selepas tempoh tersebut.


“Pada masa sama, kita juga meneliti adanya trend di kebanyakan negara yang mula melihat (semula) keperluan domestik. Saya menjangkakan ada negara yang akan melihat hubungan (diplomasi) lebih kepada seperti sistem barter (pertukaran barangan).

 

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir


“Itu akan menjadi antara strategi perlu diteliti untuk memastikan bahawa kepentingan negara ini terjamin melalui hubungan dengan negara-negara lain,” katanya.

 

Akmal Nasrullah berkata krisis tenaga global juga membuka peluang kepada kerajaan untuk mempergiat pelaksanaan beberapa inisiatif baharu, antaranya penggunaan biodiesel serta pendekatan tenaga alternatif lain.

 

“(Kita tidak mahu melihat biodiesel hanya) antara alternatif dan dilupakan apabila krisis mulai reda.

 

“Itu antara cabaran untuk mengubah keadaan itu supaya kita proaktif bukan sahaja dalam mendepani krisis (ketika ini), tapi memastikan daya tahan (biodiesel) yang lebih lama,” katanya.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

11 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Syuruk

pada

07:08

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:08:00

dhuhr

Dhuhr

13:17:00

asr

Asr

16:26:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase