Back To All

Feb 11, 2026 7PM

LIHAS 2026 sasar RM100 juta transaksi dagangan di Langkawi

Langkawi International Halal Showcase (LIHAS 2026) menyasarkan nilai transaksi perdagangan sebanyak RM100 juta sepanjang penganjuran acara itu yang akan diadakan di Langkawi.

 

Bakal berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), LIHAS 2026 merupakan platform perdagangan halal antarabangsa yang bakal mempromosikan produk, perkhidmatan dan inovasi halal.

 

Selain itu, LIHAS 2026 juga memperkukuh rangkaian perniagaan serta menggalakkan kerjasama.

 

Ketua Pegawai Operasi LIHAS, Shazzwan Shawaluddin berkata, penganjuran sulung LIHAS 2026 yang mengetengahkan konsep “apabila perniagaan dan alam semulajadi bersatu” itu menggabungkan elemen perniagaan dan pelancongan dalam satu platform halal antarabangsa.

 

Menurut beliau, kali ini berbeza daripada kebiasaan menganjurkan pameran ekspo di bandar utama, LIHAS memilih destinasi pelancongan bagi mempromosikan sektor halal dan pelancongan negara secara serentak.


LIHAS 2026 bakal berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)


“Kita (LIHAS) bermula dengan sasaran yang lebih selamat iaitu RM100 juta transaksi perdagangan. Namun sebelum LIHAS berlangsung, kita telah merekodkan hampir RM88 juta menerusi dua perkongsian dan misi perdagangan,” katanya dipetik Bernama.

 

Menurut Shazzwan, pihaknya optimis mencapai sasaran RM100 juta meskipun ini edisi pertama di Langkawi susulan kejayaan awal dua misi perdagangan yang menjana nilai kira-kira RM88 juta.

 

Katanya, sejajar dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), ratusan pempamer dijangka menyertai LIHAS 2026 - yang menjadi pemangkin pertumbuhan industri, pertukaran inovasi dan peluang perniagaan rentas sempadan merentas pelbagai sektor halal.

 

“Kita juga mengadakan kejohanan golf sebagai satu daripada faktor untuk padanan perniagaan,” katanya.

 

Menurut beliau, beberapa negara juga menyatakan minat untuk menyertai LIHAS 2026 seperti Afrika Selatan, Korea Selatan dan China dengan fokus utama diberikan kepada penyertaan negara ASEAN.


Antara aktiviti bakal ditemui di LIHAS 2026 adalah Street Food Bazar (gambar hiasan)


Pengisian utama LIHAS 2026 bakal mempamerkan kepelbagaian aktiviti termasuklah sesi Biz Pocket Talk, demonstrasi masakan secara langsung, Asian Food Meet-Up serta Street Food Bazaar.

 

Kepelbagaian LIHAS 2026 diperkukuhkan lagi dengan pengisian berbentuk ilmiah dan santai, termasuklah sesi podcast secara langsung dan persembahan kebudayaan bagi menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Malam Aspirasi Usahawan Halal serta Forum Perbankan dan Agensi Kewangan Halal.




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

12 Feb 2026

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:30

mosque
imsak

Imsak

06:09:00

fajr

Fajr

06:19:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:30:00

asr

Asr

16:50:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:40:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase