Back To All

Jul 19, 2024 11AM

Malakat Mall Akan Berhenti Operasi 31 Julai Ini

KUALA LUMPUR: Premis fizikal Malakat Mall Cyberjaya akan ditutup pada 31 Julai ini, bagi membolehkan pasar mesra Muslim itu meneroka model perniagaan baharu dengan operasi diteruskan dalam skala yang lebih kecil.


Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, berkata sejak dibuka pada 13 Mac 2020, Malakat Mall telah diuji dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik COVID-19 hanya selepas hari kelima ia beroperasi.


Beliau berkata, dalam tempoh empat tahun ini, terutamanya selepas endemik terdapat banyak cabaran.


Katanya, perniagaan makanan & minuman (F&B) selepas ini akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi Restoran 'RumahMakan' yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya dan sekeliling menikmati menu istimewa tempatan dan luar negara.


"Unit peruncitan pula akan berpindah 100 peratus kepada perniagaan secara dalam talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di www.malakat.com.


"Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang.


"Sempena penutupan premis fizikal Malakat Mall Cyberjaya, kami ingin mengumumkan Penjualan Penutupan Malakat Mall dengan diskaun aset-aset sehingga 70 peratus mulai hari Sabtu ini sehingga 31 Julai 2024," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Malakat Mall hari ini.


Dalam pada itu, Mohd Fadzil menjelaskan kepada anggota-anggota Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) bahawa Malakat Mall masih komited untuk mendepani cabaran.


"Kami akan cuba membantu KoPPIM membeli saham ahli-ahli yang ingin menjual semula syer mereka walaupun proses ini akan mengambil masa yang lebih lama.


"KoPPIM tetap kekal sebagai Koperasi Strategik yang mana jika digembeleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi ummah," katanya.


Beliau menambah, imej pasar mesra Muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan mesti diteruskan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.


Sumber: Berita Harian


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

15 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:26

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:17:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:26:00

isha

Isha

20:41:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase