Back To All

Jun 04, 2025 5PM

Malaysia dan Guinea-Bissau tumpu kerjasama dalam industri Halal, kewangan Islam

Industri Halal, kewangan Islam, tenaga serta pembinaan kapasiti antara bidang tumpuan yang menjadi komitmen buat Malaysia dan Guinea-Bissau dalam mengukuhkan hubungan dua hala mereka.

 

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat tempatan seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan FGV Holdings digalakkan untuk meneroka potensi usaha niaga di Guinea-Bissau.

 

"Diharapkan Petronas, FGV dan lain-lain akan meneroka peluang berpotensi bukan sahaja di Malaysia dan Guinea-Bissau, tetapi juga menggunakannya sebagai pangkalan untuk berkembang lebih jauh ke Afrika dan seterusnya," katanya seperti dilapor BERNAMA.

 

Menurut Anwar, usaha pembinaan kapasiti melalui tawaran biasiswa dan latihan khusus merentas sektor misalnya tadbir urus, agroteknologi serta pentadbiran awam dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) juga terus mendapat sokongan.


Penembusan pasaran Guinea-Bissau berpotensi memberi lebih banyak alternatif kepada Malaysia untuk berniaga (kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim)


Perbincangan antara beliau dan Guinea-Bissau turut meneroka potensi kerjasama dalam sektor konduktor, minyak dan gas serta teknologi makanan manakala pelaksanaan program MTCP pula disesuaikan dengan keutamaan pembangunan Guinea-Bissau.

 

"Kita bersedia untuk menawarkan bantuan di bawah MTCP dan melalui program lebih besar yang diselaraskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani," katanya.

 

Pada masa sama, Menteri Kewangan itu juga menekankan hubungan diplomatik Embalo yang utuh dengan kuasa global utama termasuk Emiriah Arab Bersatu, Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan beberapa negara Afrika.  


Anwar menyambut kedatangan Presiden Guinea-Bissau, Umaro Sissoco Embaló (kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim)


"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan berkecuali dan dasar luar yang seimbang, Malaysia dan ASEAN telah lama terlibat dengan negara-negara di seluruh dunia. Ini juga sejajar dengan visi Presiden Embalo untuk Guinea-Bissau.

 

"Malaysia akan menjadi rumah kedua anda. Rakan-rakan saya, rakyat Malaysia, dan saya sendiri amat berbesar hati kerana anda telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan hubungan baharu berdasarkan kepercayaan dengan Malaysia," katanya.

 

Embalo sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, lawatan pertama beliau sejak memegang jawatan Presiden.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

06 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:24

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:40:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase