Back To All

Apr 29, 2025 7AM

Maldives diundang teroka sektor halal negara, jadi rakan dagang ke-6 terbesar Malaysia

Malaysia mengundang Maldives untuk meneroka sektor halal negara yang meluas khususnya dalam pelancongan halal, sekali gus memanfaatkan kedudukannya sebagai hab halal global untuk merangsang kerjasama dalam bidang ini.

 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Maldives berpotensi besar menjadi rakan kerjasama dalam bidang seperti pensijilan halal dan eksport barangan dan perkhidmatan halal, termasuk kewangan Islam, farmaseutikal dan pengeluaran makanan.

 

“Memandangkan status Maldives sebagai negara majoriti Muslim dan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri halal, Pelan Induk Industri Halal 2030 kami yang menetapkan visi jelas, kami yakin Maldives boleh memainkan peranan penting dalam merealisasikannya di peringkat serantau.

 

"Kita telah pun menyaksikan kehadiran positif syarikat Malaysia seperti Secret Recipe, The Manhattan Fish Market, dan Ramsay Sime Darby Healthcare di Maldives.



“Justeru, saya menggalakkan lebih banyak perniagaan Malaysia untuk merebut momentum ini dan memanfaatkan persekitaran mesra pelabur di Maldives," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

 

Turut hadir pada forum tersebut ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu.

 

Tambah beliau lagi, semua peserta forum perniagaan turut dijemput untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang akan berlangsung dari 17-20 September 2025 di Kuala Lumpur.

 

“Acara ini menyediakan peluang besar kepada pemimpin industri dan kerajaan untuk bekerjasama dan memaksimumkan potensi ekonomi halal global,” katanya.



Untuk rekod, Tengku Zafrul telah menyenaraikan Maldives sebagai rakan dagang, destinasi eksport dan sumber import keenam terbesar Malaysia di Asia Selatan sejak tahun lepas.

 

"Jumlah perdagangan dua hala kita tahun lepas berjumlah RM862.7 juta, menandakan peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya. Pertumbuhan yang stabil ini menyokong asas hubungan ekonomi dan peningkatan keyakinan dalam komuniti perniagaan terhadap potensi kerjasama kita," katanya. 

 

Dalam perkembangan lain, Anwar dan Muizzu telah memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dua hala dan dua pertukaran nota (EoN) yang merangkumi pelbagai sektor bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan saling memberi manfaat.



Presiden Maldives mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia atas jemputan Anwar yang pertama sejak memegang jawatan pada November 2023.

 

Lawatan itu dijangka memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

29 Apr 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:20

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:31:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase