Back To All

Jan 22, 2026 4PM

Tourism Malaysia dan Oriental Kopi Angkat ‘Rasa Malaysia’ ke Pentas Dunia Sempena VM2026

author

SYILDA ISMAIL

Menerusi kempen ‘Rasa Malaysia’, kolaborasi ini memberi fokus kepada konsep pelancongan berasaskan pengalaman (experiential tourism) di mana pelancong bukan sekadar menikmati makanan, tetapi turut menyelami cerita, tradisi dan gaya hidup masyarakat tempatan melalui budaya kopitiam.

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing, berkata pendekatan ini sejajar dengan strategi negara untuk mempelbagaikan produk pelancongan, khususnya dalam segmen gastronomi dan budaya yang semakin mendapat permintaan pelancong global.

 

‘Ada pelancong yang ke Pulau Pinang, dan setiba mereka di sana, terus mencari Char Kue Tiau Pulau Pinang’, katanya dalam ucapan rasmi di pelancaran Rasa Malaysia di cawangan Oriental Kopi di Pavillion Damansara Heights. 


Pengerusi Oriental Kopi, Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi berkata, kempen tersebut mencerminkan akar jenama itu sebagai perniagaan tempatan yang membesar seiring dengan perkembangan komuniti di Malaysia.

 

“Sebagai jenama tempatan, kami percaya makanan bukan sekadar hidangan, tetapi cerminan budaya, memori dan cara hidup yang boleh dibawa pulang oleh para pelawat,” katanya.


Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi hadir memeriahkan pelancaran Rasa Malaysia Oriental Kopi.


Beliau turut menjelaskan bahawa penghasilan ole-ole Oriental Kopi bertujuan menterjemahkan nilai tersebut ke dalam bentuk yang mudah dikongsi di luar Malaysia.

 

“Apabila pelawat membawa pulang cita rasa ini, mereka sebenarnya turut berkongsi sebahagian kecil kisah Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya.

 

Sementara itu, Pengarah Oriental Kopi, YBhg. Dato’ Calvin Chan, menjelaskan bahawa kopitiam bukan sekadar ruang komersial, tetapi merupakan platform interaksi sosial yang membentuk identiti bandar dan komuniti sejak berdekad lamanya.

 

“Budaya kopitiam merupakan denyut nadi kehidupan rakyat Malaysia berbagai bangsa daripada perbualan pagi pekerja, pertemuan keluarga, hinggalah kepada pelancong yang ingin mengenali budaya tempatan. 

 

Melalui kempen ini, kami mahu menjadikan pengalaman itu sebagai sebahagian daripada perjalanan pelancongan mereka,” katanya.

 

Produk Ikonik Tourism Malaysia untuk dijadikan bingkisan untuk pelancong bawa pulang.


Beliau turut menambah bahawa kempen ‘Rasa Malaysia’ akan diperluaskan melalui aktiviti promosi di lokasi strategik, pembungkusan produk sebagai cenderamata pelancongan, serta penceritaan jenama yang mengetengahkan warisan rasa tempatan kepada pasaran antarabangsa.


Kerjasama ini dijangka menyumbang kepada usaha memperkukuh ekosistem pelancongan negara dengan menghubungkan industri makanan dan minuman tempatan kepada agenda nasional, sekali gus merangsang perbelanjaan pelancong dan memperluaskan tempoh penginapan mereka di Malaysia.

 

Dengan pendekatan yang menggabungkan rasa, cerita dan pengalaman, kempen ini meletakkan kopitiam sebagai duta budaya tidak rasmi negara, memperkenalkan Malaysia kepada dunia bukan hanya melalui destinasi, tetapi melalui memori rasa yang meninggalkan kesan berpanjangan kepada pelawat.

 

Selain sajian di premis, Oriental Kopi menawarkan lebih 40 produk makanan bawa pulang sebagai cenderamata pilihan. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

26 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:50

mosque
imsak

Imsak

06:06:00

fajr

Fajr

06:16:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:28:00

asr

Asr

16:50:00

maghrib

Maghrib

19:26:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase