Oct 26, 2023 12PM
Produk Penjagaan Diri Halal Penting untuk Skymatics
Rutin penjagaan diri amat penting dalam memastikan diri dijaga dan dibelai. Namun, dengan banyaknya produk penjagaan diri di pasaran, produk mana yang harus menjadi pilihan utama dalam gaya hidup rakyat Malaysia terutama mementingkan kandungan yang selamat dan halal.
Memilih produk penjagaan diri yang selamat, halal dan efektif
Pemilihan produk penjagaan diri biasanya bergantung kepada keperluan peribadi, jenis kulit dan rambut anda serta mengikuti panduan penggunaan yang disarankan pada label produk.
Kini, semakin ramai yang ingin mencari produk-produk untuk menjaga kulit dari dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi yang halal dan membantu mengikut keperluan diri.
Menyedari akan permintaan itu, pengurus pemasaran jenama Skymatics, Chriss Ling berkata Skymatics tampil dengan produk penjagaan diri dan kecantikan yang diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi, yang kebanyakannya berasal daripada kepelbagaian biodiversiti dari Malaysia.
Chriss berkata dulu tidak banyak jenama Malaysia yang menghasilkan produk penjagaan diri. Ini memberikan Skymatics idea dalam penghasilan rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti pada harga berpatutan. Dengan hampir 20 tahun dalam rangkaian produk penjagaan diri, Skymatics kini mempunyai pelbagai produk seperti:
Produk Penjagaan Rambut dan Badan
Penjagaan Kulit
Penjagaan Bayi
Produk Kebersihan
Rangkaian Minyak Wangi
Antara produk terkenal yang dikeluarkan oleh Skymatics ialah SUMMER, Sofia, Aquafrez dan NFP. Kepentingan sijil halal untuk produk penjagaan diri
“Halal merupakan suatu konsep yang boleh digunapakai dalam konteks yang luas iaitu ia tidak terhad kepada makanan semata-mata. Ramai usahawan tahu tentang halal tetapi hanya segelintir yang memahami akan kepentingan dan manfaat sijil halal JAKIM kepada bisnes mereka,” katanya.
Contohnya, untuk memilih produk penjagaan diri yang berkualiti, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan seperti keselamatan, keberkesanan, kualiti bahan dan lain-lain. Jika produk tersebut mempunyai sijil halal, ini menunjukkan tahap kebersihan dan penjagaan kesihatan dalam penyediaan produk penjagaan diri adalah tinggi.
Berdedikasi dalam penyelidikan dan ujian produk
Selain meneroka bahan-bahan baharu, Skymatics sentiasa memperkenalkan pelbagai jenis produk untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara. Malah, kawalan kualiti yang ketat juga sentiasa dititikberatkan sepanjang proses pembuatan untuk memastikan pelanggan hanya menerima produk yang terbaik. Dengan sijil halal, Skymatics berjaya mengeksport pelbagai produk ke Asia Tenggara, Jakarta, UAE dan banyak lagi.Produk mandian organik juga menjadi salah satu fokus Skymatic dalam memastikan penghasilan rangkaian produknya memenuhi keperluan pengguna. N.A.P yang merupakan jenama keluaran baru dari Skymatic mendapat pensijilan organik dari Australian Certified Organic (ACO).
“Setiap pengguna itu tidak sama. Ada yang mempunyai masalah kulit sensitif dan memerlukan jenis produk mandian yang organik atau kurang bahan kimia. Jadi, itu merupakan salah satu perkara yang mendorong kami untuk menghasilkan produk yang selamat dipakai oleh pengguna yang mempunyai masalah kulit”, tambah Chriss.
Selain itu, Skymatics juga menawarkan produk kosmetik yang dikenali sebagai ColourG. Rangkaian kosmetik mereka mempunyai hampir semua alat solek yang penting seperti “Velvet Lipstick, Shine Amplified Lipstick, Eye Shadow, Lip Cream, Compact Powder, Mascara dan Lip Glow”.
Skymatics beriltizam untuk menjadi jenama penjagaan diri halal terkemuka, memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna melalui produk semula jadi, tulen dan hijau. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang ditawarkan di pasaran layari catalog Skymatics.
Waktu Solat


07 May 2025
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:13

