Back To All

May 08, 2025 10AM

Program Pembiayaan Mikro Zakat Alliance Islamic Bank tingkatkan pendapatan usahawan asnaf sebanyak 36%

Giat dalam memperkasakan golongan usahawan mikro asnaf, Program Pembiayaan Mikro Zakat Alliance Islamic Bank (AZAM) terus memberi impak yang bermakna dengan memperkasakan usahawan mikro asnaf melalui melalui pembiayaan kewangan inklusif yang bertujuan membina kebebasan ekonomi jangka panjang. 

 

Hasil awal program menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, apabila peserta mencatatkan purata peningkatan pendapatan perniagaan sebanyak 36% dalam tempoh hanya setahun menyertai AZAM. Ini membuktikan keberkesanan program ini dalam membantu komuniti terpinggir membina asas kewangan yang kukuh. 

 

Penemuan ini didokumentasikan dalam Laporan Keberkesanan Program AZAM, satu kajian bebas oleh Satu Creative, sebuah organisasi yang menyokong usahawan baharu dan perniagaan berasaskan impak. Laporan ini menilai kumpulan pertama yang melibatkan 36 usahawan mikro asnaf dan turut menekankan peranan AZAM yang semakin penting dalam memperkukuh daya tahan kewangan serta mempromosi kelangsungan hidup mampan dalam kalangan komuniti kurang berkemampuan di Malaysia. 

 

Antara penemuan utama daripada kajian ini:

  • Lebih 90% peserta melaporkan perubahan positif dalam kehidupan mereka sejak menyertai program ini, termasuk peningkatan dalam aspek penjagaan kesihatan, pendidikan dan masa kualiti bersama keluarga

  • Peserta berjaya meningkatkan jumlah pendapatan perniagaan mereka, dengan purata peningkatan dari RM2,151 kepada RM2,924


Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Rizal IL-Ehzan Fadil Azim, Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor, Ahmad Fadil Bin Hassan, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) Amanah Ikthiar Malaysia


AZAM merupakan inisiatif pembiayaan sosial Islam pertama di Malaysia yang memperkenalkan pendekatan baharu dalam agihan zakat secara lebih mampan dan produktif. Dengan menggunakan model dana pusingan yang mampan dan menawarkan pembiayaan mikro tanpa faedah berasaskan  konsep Qard, AZAM memperkasakan usahawan asnaf untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka.

 

Bayaran balik oleh peserta disalurkan semula ke dalam dana ini bagi membolehkan lebih ramai penerima baharu mendapat manfaat, seterusnya memperluaskan capaian program ini kepada lebih banyak keluarga yang memerlukan. Model inovatif ini bukan sahaja mengekalkan nilai zakat, malah turut memupuk budaya tanggungjawab bersama, maruah dan daya tahan dalam kalangan penerima.

 

Berlandaskan prinsip Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value Based Intermediation, VBI) dan Maqasid Shariah, AZAM mempromosikan pembangunan sosioekonomi yang adil dan menyeluruh, serta memperkasakan komuniti terpinggir untuk berkembang secara mampan dan berdaya arah. 


Bagi memastikan keberkesanan program, AIS bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengenal pasti dan mengesahkan penerima asnaf yang layak. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula memainkan peranan penting dalam  penyaluran dan pungutan dana, di samping menyediakan latihan dan bimbingan keusahawanan kepada penerima.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim


Rizal IL-Ehzan Fadil Azim, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad berkata, “Kejayaan AZAM bukan sekadar dilihat pada angka, tetapi melalui impak sebenar terhadap  keluarga dan komuniti.  Ia adalah tentang memperkukuh sumber pendapatan, memulihkan maruah dan meletakkan asas kepada ekonomi yang lebih inklusif.”

 

AIS beriltizam untuk meluaskan pelaksanaan Program AZAM ke seluruh negara, dengan perbincangan yang sedang dijalankan bersama beberapa Majlis Agama Negeri dan pihak berkuasa zakat susulan kejayaan inisiatif ini di Selangor.

 

Dalam masa yang sama, AIS turut merancang untuk memperkukuh penglibatan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan kaedah agihan zakat berasaskan wakalah. Individu dan institusi yang menyalurkan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh memilih kaedah zakat wakalah, di mana dana akan disalurkan terus bagi menyokong dana pusingan kewangan AZAM. Pendekatan ini akan memperluaskan dana pusingan bagi membolehkan lebih ramai usahawan asnaf mendapat akses kepada pembiayaan. AIS juga terbuka untuk bekerjasama dengan rakan sektor swasta, agensi kerajaan, dan NGO bagi meyokong inisiatif yang mampu memperkasa masyarakat serta membawa impak positif dari segi sosial, alam sekitar, dan ekonomi-selaras dengan misi kami, "Building Alliances to Improve Lives."

 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program AZAM, sila layari laman  sesawang berikut:  www.alliancebank.com.my/Islamic/Business/Financing/zakat-microfinancing


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:41 (09 May 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:33:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase