Back To All

Feb 28, 2025 10AM

Keistimewaan bersahur bersama Seri-Aji®, lazat lagi mengenyangkan sepanjang hari

Kempen Sama-sama BerSeri-Aji® PPR Event menjelang Ramadan anjuran Ajinomoto (Malaysia) Berhad baru-baru ini disambut meriah oleh penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan Kerinchi, Kuala Lumpur.


Justeru, demi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad muncul dengan penyelesaian untuk penyediaan hidangan yang lengkap, mudah dan sedap serta mengenyangkan sepanjang hari buat umat Islam iaitu dengan produk Seri-Aji®.


Ketua Bahagian Pemasaran Digital Ajinomoto, Mohd Nazrin Badrol Hisham berkata, Ajinomoto Mini Carnival yang berlangsung selama dua hari itu memfokuskan kepada keistimewaan bersahur bersama perasa khusus Seri-Aji® untuk penyediaan hidangan yang lazat dan mudah serta menjimatkan masa.


Ketua Bahagian Pemasaran Digital Ajinomoto, Mohd Nazrin Badrol Hisham pada Ajinomoto Mini Carnival di PPR Seri Semarak.


“Waktu bersahur sangat penting bagi umat Islam kerana mereka perlu mengumpul tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

 

“Pelanggan tidak perlu bersusah-payah menumbuk bawang di pagi hari, selepas itu perlu menumis sambal pula, apabila masak nasi goreng, anda hanya perlu buka pek Seri-Aji® dan tambah sayur sahaja.

 

“Keperluan bersahur menjadi sangat mudah selain rasanya yang sedap dan lengkap walaupun menggunakan perasa di dalam satu pek seperti Seri-Aji®,” katanya.


Resepi baharu istimewa Seri-Aji®  pracampuran perencah Nasi Goreng Kampung


Pracampuran perencah Nasi Goreng Kampung adalah dari resipi istimewa dengan bahan-bahan sebenar seperti tambahan ikan bilis, cili padi dan belacan yang menyediakan rasa lazat (KAW) untuk dinikmati bersama keluarga!

 

Tambah beliau, penduduk PPR menjadi golongan sasaran secara umum bagi memeriahkan karnival mini tersebut kerana kesetiaan mereka yang utuh pada jenama berkenaan.

 

“Kami memilih penduduk PPR kerana kawasan seperti ini menjadi keutamaan.

 

“Tambahan pula penduduk di sini biasanya adalah pengguna Seri-Aji® dan tidak asing dengan jenama kami,” katanya.


Pemenang cabutan bertuah pada acara Ajinomoto Mini Carnival di PPR Seri Semarak


Selain itu, menurut beliau, pada acara berkenaan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad turut mengumumkan pertandingan beli dan menang sambil beramal iaitu Bersahur Bersama Seri-Aji: Sahur Seribu Kebaikan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 termasuk wang tunai.

 

Katanya, penyertaan adalah semudah melalui pembelian pek Seri-Aji® bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit.

 

“Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar resit melalui WhatsApp +60163630118 atau mengisi borang dalam talian di smartcooking.com.my,” katanya.


Pertandingan beli dan menang sambil beramal Bersahur Bersama Seri-Aji®: Sahur Seribu Kebaikan masih dibuka hingga April depan


“Melalui pembelian tersebut, RM1 akan disumbangkan ke tabung amal,” katanya.

 

Ajinomoto Mini Carnival dihadiri lebih 200 penduduk itu antaranya menyediakan beg hadiah, aktiviti untuk dewasa seperti food testing, demo memasak daripada Cef Nur Farihin, Fun Cooking dan cabutan bertuah manakala bagi kanak-kanak, permainan interaktif dan sand art disediakan.

 

Cabutan bertuah menyaksikan empat penduduk pulang dengan kegembiraan apabila berjaya membawa pulang peralatan memasak berjenama.

 

Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengucapkan “Selamat menunaikan ibadah puasa” kepada seluruh umat Islam.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

03 Mar 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:06 (04 Mar 2025)

mosque
imsak

Imsak

06:06:00

fajr

Fajr

06:16:00

syuruk

Syuruk

07:23:00

dhuhr

Dhuhr

13:28:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:38:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase