Back To All

Jan 12, 2026 2PM

Setahun perancangan, Guan’s Shah Alam akhirnya diiktiraf Halal

Guan’s mengumumkan salah satu cawangannya Alinea Suits yang berada di Shah Alam kini diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas setahun perancangan rapi,  membolehkan pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka dengan penuh keyakinan.


Perkara itu dikongsikan melalui satu hantaran di Facebook semalam.


“Nikmati hidangan kesukaan anda tanpa risau! 


“Selepas setahun perancangan rapi, pencapaian yang amat bermakna, terutamanya buat pelanggan setia yang menyokong kami sejak hari pertama.


Antara sajian menu klasik untuk pengunjung


“Kini, semua hidangan kegemaran anda bermula daripada minuman hangat yang menyenangkan hingga kudapan tempatan yang memikat, boleh dinikmati dengan tenang dan penuh keyakinan,” kata kenyataan itu.


Kopitiam tersebut menawarkan daya tarikan klasik dan citarasa kontemporari antaranya nasi lemak, pasta dan kopi Tenom.





Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:48

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:23:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:48:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:37:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase