Back To All

Jan 23, 2026 10AM

Beras ERA Jasmine Food sasar kutipan RM300,000 bagi kempen #SinarUntukGaza

Jasmine Food Corporation Sdn Bhd melalui jenama Beras ERA sasar kutipan RM300,000 bagi kempen kemanusiaan #SinarUntukGaza, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi tujuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza.

 

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Jasmine Food, Alan Kwong, sokongan berterusan daripada sektor korporat dan masyarakat amat penting dalam memastikan bantuan mampu memberi impak jangka panjang kepada rakyat Palestin, bukan hanya bersifat jangka pendek.

 

“Kempen ini bukan hanya sekadar sebagai satu inisiatif pengumpulan dana bantuan, tetapi juga sebagai satu gerakan yang perlu sentiasa dilakukan, serta menggalakkan lebih ramai individu, organisasi dan komuniti untuk berdiri teguh dalam solidariti bersama Gaza,” katanya.

 

Majlis pengumuman kempen itu disempurnakan oleh Kwong di pejabat Persatuan Cinta Gaza Malaysia, dan disaksikan oleh rakan-rakan strategik kempen iaitu Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan MERCY Malaysia, semalam.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Jasmine Food, Alan Kwong. (kredit foto: Jasmine Food)


Kwong berkata, melalui kempen itu, setiap pembelian Beras ERA Cap Sinar Timur akan menyumbang dana kepada usaha membantu rakyat Gaza dari segi ekonomi, kesihatan, keharmonian sosial serta pembangunan infrastruktur di Palestin.

 

Kempen #SinarUntukGaza akan dilaksanakan di Pantai Timur merangkumi Kelantan dan Terengganu bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2026. 

 

Jasmine Food komited untuk memastikan setiap sumbangan disalurkan secara telus dan berperingkat melalui rakan pelaksana yang berpengalaman dan diiktiraf, iaitu Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan MERCY Malaysia.

 

Kempen itu diharap dapat menjadi platform kesedaran dan penyatuan rakyat Malaysia dalam menyokong usaha kemanusiaan global, selari dengan nilai keprihatinan dan kemanusiaan yang menjadi teras kepada jenama Beras ERA.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

26 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:50

mosque
imsak

Imsak

06:06:00

fajr

Fajr

06:16:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:28:00

asr

Asr

16:50:00

maghrib

Maghrib

19:26:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase