Back To All

Oct 07, 2025 6PM

Indonesia tawar sijil halal percuma untuk penjaja, warung

Sijil halal kini menjadi simbol kepercayaan dan keyakinan umat Islam khususnya terhadap produk makanan dan minuman, menjadikan pensijilan itu satu keperluan buat pengusaha industri lebih-lebih lagi peniaga jalanan.


Menyedari kepentingan sijil halal bagi pengusaha kecil, Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Badan Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia menawarkan pensijilan halal percuma untuk memastikan mereka bersedia menghadapi polisi pensijilan halal mandatori pada 2026.


Usaha itu adalah bagi memastikan peniaga jalanan tidak ketinggalan dengan pemain-pemain industri yang lebih besar, selain mengukuhkan ekosistem pensijilan halal negara.


Ketua BPJPH, Ahmad Haikal Hasan berkata inisiatif itu merupakan hadiah Presiden Prabowo Subianto bersempena Hari Kemerdekaan Indonesia yang efektif bermula 8 Julai ini.


“Jumlah pemegang sijil halal meningkat, terutamanya dalam sektor perniagaan mikro dan kecil yang menjadi tunjang ekonomi Indonesia,” katanya.


BPJPH menggerakkan 328 Lembaga Pendamping Proses Produk Halal (LP3H) dan lebih 103,000 pembantu pemprosesan halal di negara itu bertujuan menyokong inisiatif itu.


BPJPH menerusi 108 Lembaga Pemeriksa Halal (LPH) juga menggaji 1,778 juruaudit berdaftar dan 2,866 penyelia terlatih bagi memastikan pematuhan piawaian jaminan halal dalam kalangan peniaga jalanan. 


Lazimnya, sijil halal banyak dimiliki oleh pengusaha perniagaan yang sudah berkembang memandangkan mereka mempunyai kapasiti dan kewangan yang mencukupi untuk memenuhi piawaian halal. (kredit foto: Lembaga Pemeriksa Halal Indonesia)


Bagi menjamin bahagian bekalan pula, 2,058 penyembelih bertauliah ditempatkan di rumah sembelihan di seluruh negara untuk menjaga standard pengeluaran daging. 


Melihat jangka masa panjang, BPJPH turut dalam rancangan menubuhkan pasaran halal serta mengukuhkan kesedaran awam melalui penetapan undang-undang, kempen pendidikan dan media sosial.


Ahmad Haikal  berkata, badan kerajaan itu giat berkolaborasi dengan kementerian, kerajaan serantau, perusahaan milik negeri, pengusaha perniagaan, universiti dan persatuan komuniti untuk membentuk ekosistem halal berdisiplin.


“Kolaborasi adalah penting untuk mencipta industri halal yang berdaya saing dan menjamin kedudukan Indonesia sebagai hab halal global,” katanya.


Jakarta Global melaporkan, negara dengan populasi Muslim paling ramai di dunia itu mempunyai pasaran halal domestik bernilai lebih RM1,012 bilion setiap tahun, sekaligus menjadi potensi besar dalam ekonomi halal global.


Setakat ini, BPJPH telah mengeluarkan 2.79 juta sijil halal merangkumi 9.6 juta produk dan di bawah program baharu itu, sebanyak 700 peniaga jalanan telah menerima pensijilan percuma menerusi skim pengisytiharan diri sementara 500 permohonan lagi dalam proses.


Skim itu membenarkan pengusaha perniagaan untuk mengesahkan status halal produk mereka sendiri dengan BPJPH hanya menyediakan panduan untuk menyelaras proses tersebut.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

09 Oct 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:41

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

06:58:00

dhuhr

Dhuhr

13:03:00

asr

Asr

16:17:00

maghrib

Maghrib

19:04:00

isha

Isha

20:13:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase