Back To All

Apr 22, 2026 8PM

Zakat Selangor tiada kaitan dengan kes seleweng dana zakat

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan bahawa laporan penahanan beberapa individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung kes penyelewengan dana zakat sejumlah RM230 juta baru-baru ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan lembaga itu atau pengurusan zakat di bawahnya.

 

Zakat Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, ia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan kes masih disiasat oleh pihak berkuasa.

 

“Zakat Selangor beroperasi sebagai institusi zakat rasmi Negeri Selangor di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor serta tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sistem tadbir urus, kawal selia serta semak imbang yang menyeluruh. 

 

“Pengurusan dana zakat turut melalui pelbagai lapisan audit dan pemantauan, termasuk audit dalaman, audit luaran serta semakan oleh pihak berautoriti bagi memastikan setiap dana zakat diurus secara teratur dan terkawal.

 

“Sehubungan itu, Zakat Selangor mengekalkan pendirian tegas terhadap sebarang bentuk salah guna dana zakat serta memastikan pengurusan dana zakat dilaksanakan mengikut rangka kerja tadbir urus yang ditetapkan,” katanya, hari ini.

 

Lembaga itu menyarankan orang awam untuk merujuk saluran rasmi mereka bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta menunaikan kewajipan zakat melalui platform yang sah di www.zakatselangor.com.my

 

Pada masa sama, Zakat Selangor mengingatkan semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar berhubung perkara itu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan malah menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

23 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:46 (24 Apr 2026)

mosque
imsak

Imsak

05:46:00

fajr

Fajr

05:56:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:29:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase