Back To Halal News

Nov 15, 2024 4PM

Amil, ejen negeri kutip zakat di luar sempadan tidak sah

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-125 yang bersidang 24 hingga 26 September lalu berjaya mencapai kata sepakat mengenai hukum kutipan zakat di negeri lain.


Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Nooh Gadot berkata, MKI bersetuju dan berpandangan bahawa:

1 a) Hukum lantikan atau tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

      kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat sah di sisi 

      hukum syarak.


  • Tetapi, ia hanya terpakai dalam ruang lingkup sempadan negeri atau bidang kuasa MAIN (wilayah ulil amri) yang melantik atau memberi tauliah tersebut.

  • Sesuatu tauliah atau lantikan yang membenarkan amil atau ejen mengutip zakat di luar daripada sempadan negeri itu adalah tidak sah mengikut hukum syarak dan bercanggah dengan undang-undang berkaitan zakat yang berkuat kuasa di negeri-negeri.

Nooh Gadot berkata, amil, ejen negeri kutip zakat di luar sempadan tidak sah 


b) Hukum perbuatan memindahkan hasil kutipan zakat oleh individu atau organisasi yang dilantik atau diberikan tauliah sebagai amil atau ejen zakat bagi mana-mana MAIN ke negeri lain, adalah tidak sah dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan zakat di negeri-negeri.


  • Kerana tempat zakat itu dikutip berada di luar sempadan negeri dan bidang kuasa MAIN yang mengeluarkan tauliah tersebut serta bertentangan dengan syarat-syarat yang membenarkan zakat dipindahkan mengikut hukum syarak.


c) Hukum mengembalikan sebahagian hasil kutipan zakat kepada individu atau organisasi yang menjalankan tugas sebagai amil atau ajen zakat atas prinsip upah sedangkan zakat itu dipungut di luar daripada sempadan negeri yang mengeluarkan tauliah tersebut adalah tidak sah mengikut hukum syarak kerana mereka tidak dianggap sebagai amil di negeri tersebut (di luar wilayah ulil amri).

 

d) Hukum membayar zakat kepada pihak yang tidak dilantik sebagai amil atau ejen zakat untuk negeri tersebut adalah tidak sah.

 

2. Di peringkat persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai badan penyelaras memaklumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi MKI dan seterusnya ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-267 pada 23 hingga 24 Oktober 2024. 


  • Dalam hal itu, majlis mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang dipersetujui dan pihak berkuasa negeri-negeri boleh mempertimbangkan keputusan berkenaan bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

21 Nov 2024

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:24

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

06:59:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:24:00

maghrib

Maghrib

19:00:00

isha

Isha

20:13:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase