Dec 03, 2024 12PM
Hubungan Malaysia-China melangkau perdagangan, kerjasama pendidikan ditingkat
Sempena meraikan hubungan diplomatik selama 50 tahun Malaysia bersama China, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berharap ikatan yang terjalin dengan negara itu terus diperkukuh.
Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, hingga pertengahan tahun ini, eksport halal Malaysia ke China yang mencapai AS$1.4 bilion (RM6.25 bilion) adalah bukti hubungan perdagangan yang erat serta penuh keberhasilan.
“Saya turut menyebut mengenai pasaran halal global yang bernilai AS$2.29 trilion (RM10.23 trilion) pada 2022. Ia berkembang pesat, didorong oleh peningkatan permintaan daripada pengguna Muslim dan bukan Muslim dari seluruh dunia.
“Semoga hubungan kerjasama antara Malaysia dan China terus memacu inovasi, menggalakkan pertumbuhan mampan serta mencipta masa depan bersama yang makmur, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.
Pada majlis makan malam Gala Persidangan Presiden Persatuan Dunia kelima (WACP) yang diterajui Wee Ka Siong itu, Ahmad Zahid turut mengimbau bagaimana hubungan penuh keakraban itu terjalin.
Selain perdagangan, China berikan lebih 5,000 tempat untuk pelajar TVET di Malaysia
Menurutnya, ia bermula dengan langkah berani Malaysia pada 1974 menjadi
negara Asia Tenggara pertama yang menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan China.
“Ia akhirnya memberikan impak positif terhadap kemahuan dan pembangunan kedua-dua negara,” katanya mengenai majlis berkenaan yang bertujuan mengukuhkan hubungan dan mencari peluang baru untuk diteroka bersama.
Pada hantaran sama, Ahmad Zahid turut memberikan penghargaan kepada China yang telah memberikan 5,125 tempat kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
“Selain melengkapkan generasi muda dengan kemahiran, inisiatif ini juga dapat memupuk pertukaran budaya, akademik dan mewujudkan persefahaman mendalam dalam kalangan rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Waktu Solat
27 Dec 2024
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:54