Nov 26, 2024 11AM
Jakim perluas kaedah pembayaran sijil halal melalui JomPAY
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan berita baik buat industri halal.
Jakim kini memperluas pembayaran yuran pensijilan halal melalui bayaran secara dalam talian menggunakan perkhidmatan JomPAY.
Tatacara bayaran adalah dengan memasukkan kod pengebil dan butiran pembayaran.
Bagaimanapun, Jakim dalam kenyataan di Facebook menegaskan, permohonan tersebut khusus untuk yang dibuat oleh badan berkenaan.
“Hebahan ini bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang diuruskan oleh Jakim saja,” katanya.
Menurut hantaran itu lagi, bayaran yang dibuat sebelum jam 5 petang akan diambil kira pada keesokan hari manakala selepas waktu tersebut akan diambil kira pada hari berikutnya.
Waktu Solat
06 Dec 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:07