Back To Halal News

Dec 13, 2024 6PM

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion untuk bajet 2025

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan anggaran sebanyak RM1.67 bilion bagi 2025 selari dengan Pelan Tranformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata peningkatan perbelanjaan itu, selari dengan tujuh fokus utama MAIWP seperti pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf, pemerkasaan modal insan melalui pendidikan dan pembangunan digital MAIWP IR4.0 (Revolusi Industri 4.0).

“Anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion merangkumi perbelanjaan agihan sebanyak RM1.34 bilion, pengurusan (RM246 juta), manakala pembangunan (RM87 juta).

“Anggaran pendapatan MAIWP pada 2025 berjumlah RM1.56 bilion meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun ini sebanyak RM1.395 bilion," katanya.

Pada tahun depan menurutnya, MAIWP menyasarkan kutipan zakat meningkat kepada RM1.2 bilion melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan anggaran sebanyak RM1.67 bilion bagi 2025 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata peningkatan perbelanjaan itu, selari dengan tujuh fokus utama MAIWP seperti pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf, pemerkasaan modal insan melalui pendidikan dan pembangunan digital MAIWP IR4.0 (Revolusi Industri 4.0).

“Anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion merangkumi perbelanjaan agihan sebanyak RM1.34 bilion, pengurusan (RM246 juta), manakala pembangunan (RM87 juta).

“Anggaran pendapatan MAIWP pada 2025 berjumlah RM1.56 bilion meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun ini sebanyak RM1.395 bilion," katanya.

Pada tahun depan menurutnya, MAIWP menyasarkan kutipan zakat meningkat kepada RM1.2 bilion melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

“Lain-lain anggaran pendapatan MAIWP pada tahun hadapan terdiri daripada aktiviti sewaan, yuran pengajian, pelaburan dan terimaan peruntukan geran daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Mohd Na'im berkata bagi membantu asnaf yang berdepan masalah kewangan, MAIWP memperluas Skop Bantuan Menyelesaikan Hutang dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Inisiatif ini memberi peluang kepada asnaf yang layak untuk menyelesaikan hutang pinjaman mereka dan memulakan langkah baharu dalam kehidupan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Na’im turut mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 kepada asnaf, membabitkan seramai 33,000 penerima di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang akan disalurkan selewat-lewatnya 31 Dis ini.

- BERNAMA 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:56

mosque
imsak

Imsak

05:56:00

fajr

Fajr

06:06:00

syuruk

Syuruk

07:17:00

dhuhr

Dhuhr

13:19:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:16:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase