Back To Halal News

Apr 09, 2026 10PM

Bank Dunia: Ekonomi Malaysia masih kukuh, tak perlu suntikan rangsangan

Malaysia tidak memerlukan langkah rangsangan ekonomi meskipun berdepan ketidaktentuan akibat krisis di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi.

 

Beliau menegaskan sebarang langkah rangsangan ketika ini berisiko menambah tekanan terhadap inflasi, memandangkan kadar inflasi negara masih kekal stabil dan terkawal.

 

“Setakat ini, rangsangan tidak diperlukan. Memberikan rangsangan sekarang hanya akan menambah dorongan inflasi.

 

“Rangsangan hanya diperlukan jika kebimbangan inflasi berkembang sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku semasa krisis COVID-19,” katanya dipetik Bernama.

 

Sanghi berkata inflasi Malaysia kekal stabil dan terkawal, dengan kadar 1.6 peratus direkodkan pada Januari 2026.


(gambar hiasan) 


Beliau berkata pencapaian itu banyak dipengaruhi oleh pendekatan proaktif Bank Negara Malaysia dalam memantau perkembangan ekonomi, melakukan penilaian berkala serta menyesuaikan dasar dan kadar dasar semalaman mengikut keadaan domestik.

 

Sanghi menegaskan bahawa meskipun tekanan inflasi berpotensi berlaku, dasar serta langkah yang dilaksanakan kerajaan mampu membantu rakyat mendepani keadaan tersebut.


Menurut beliau tekanan inflasi bukan sahaja didorong oleh kenaikan harga minyak secara langsung, malah turut dipengaruhi oleh kos barangan dan perkhidmatan lain dalam ekonomi.


“Permintaan tersebut masih boleh diurus, dan kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar. Setakat ini, semua data serta bukti menunjukkan inflasi kekal stabil,” katanya.


Sanghi menjelaskan isyarat pasaran melalui hasil bon tiga dan sepuluh tahun menunjukkan jangkaan inflasi yang terus terkawal, sekali gus meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang kukuh walaupun berdepan ketidaktentuan global seperti konflik di Asia Barat.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

10 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:51

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:09:00

dhuhr

Dhuhr

13:17:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase