Back To Halal News

Mar 20, 2023 4PM

Bayar Zakat Fitrah di Selangor Ikut Harga Beras

Kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah adalah mengikut harga beras yang dimakan iaitu RM7, RM14 dan RM21 seorang.

Penetapan kadar zakat itu adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam Selangor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Kadar zakat fitrah RM7 seorang adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian beras jenis ‘super special' tempatan dan ia merupakan kadar wajib minima sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Manakala kadar RM14 seorang adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi. Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya.

Untuk makluman, galakan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan ini telah dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2018 lagi.

Sehubungan itu, LZS memperkenalkan tiga jenis kupon fitrah berwarna bersandarkan nilai mata wang ringgit Malaysia. Kupon fitrah berwarna hijau bernilai RM7, kupon berwarna merah bernilai RM14 dan kupon berwarna oren bernilai RM21.

Bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, LZS melantik seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini. Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada PAFyang dilantik berdasarkan kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan oleh LZS.

Zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui 17 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 92 Maahad Tahfiz serta Sekolah Agama Swasta di negeri Selangor.

Di samping itu, LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat. Antara saluran pembayaran zakat yang boleh dilakukan secara dalam talian adalah melalui:

1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my

2. Perbankan internet

3. Portal MyEg

4. Pos Online

5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

Dalam perkembangan yang sama, LZS akan membuka 18 cawangannya di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini. Ini bagi memudahkan masyarakat yang mengambil kesempatan menunaikan zakat harta dan fitrah pada bulan Ramadan. Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

20 Jun 2024

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:27

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:44:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:42:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase