Mar 11, 2025 11AM
Premis tiada sijil halal, dilarang guna istilah buffet Ramadan
Premis makanan yang tidak mempunyai Sijil Halal Malaysia tidak dibenarkan untuk mempromosi tawaran buffet menggunakan istilah Ramadan sepanjang bulan puasa.
Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, dalam satu kenyataan berkata, larangan ini meliputi frasa ‘Jom Berbuka, ‘Buffet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’, ‘Dijamin Halal’ dan seangkatan dengannya.
Larangan ini untuk memastikan integriti halal terjaga dan keselamatan pengunjung premis makanan yang beragama Islam terjamin.
Kenyataan itu turut menegaskan, bahawa ayat atau frasa tersirat yang merujuk kepada penyediaan makanan yang boleh dimakan oleh orang Islam untuk berbuka puasa juga adalah dilarang.
Susulan itu, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, menggesa pengusaha premis makanan untuk mendapatkan Sijil Halal Malaysia sebelum menyedia dan mempromosikan tawaran buffet sempena Ramadan dan seumpamanya.
Larangan ini berkuat kuasa ke atas semua premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal, walaupun pengusaha perniagaan adalah seorang Melayu Islam.
(kredit sumber: FB Badan Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang)
"Larangan ini meliputi semua jenis media termasuk risalah bercetak, poster, sepanduk, iklan media sosial dan sebagainya.
"Pelanggaran larangan boleh dikenakan denda di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) yang boleh dikenakan denda sehingga RM500 ribu dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta," kata kenyataan itu.
Waktu Solat


15 Mar 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:02

