Back To Halal News

Aug 02, 2024 4PM

Central Kitchen Dolly Dim Sum Kini Disahkan Halal

Sumber foto dari Instagram Dolly Dim Sum

 

Dolly Dim Sum, sebuah restoran yang menyajikan menu tradisional dim sum dan pengalaman rumah teh tradisional Cina moden, telah mendapatkan sijil halal bagi central kitchen mereka.

 

Melalui pautan di sosial media, mereka mengumumkan kepada pelanggan bahawa central kitchen mereka disahkan halal oleh Jakim pada 1 Ogos 2024.


 

Sumber foto dari Instagram Dolly Dim Sum

 

“Pencapaian penting ini melambangkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada anda, pelanggan setia kami, dan menunjukkan standard tinggi termasuk kebersihan dan keselamatan makanan yang kami pegang untuk mencapai pensijilan ini,” katanya.

 

Rata-rata pelanggan mereka juga mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang besar ini dan menyatakan mereka tidak sabar untuk menjamu selera bersama keluarga di restoran itu. 

 

Pencapaian ini juga penting kerana ianya menyelesaikan kekeliruan orang ramai tentang kesahihan halal di restoran ini dan menjadikan mereka lebih diyakini.

 

“Terima kasih atas sokongan dan maklum balas yang sangat berharga dari anda selama ini - ia benar-benar penting bagi kami.

 

“Kami juga sedang bekerja keras untuk mendapatkan pensijilan untuk setiap premis kami dan akan memaklumkan anda mengenai kemajuan kami,” kata mereka. 


 

Sumber foto dari Facebook Pavillion KL


Dolly Dim Sum ditubuhkan oleh pasangan adik-beradik Lim Meng Jan dan Meng Lu kerana terinspirasi dan didorong oleh keinginan untuk mencipta konsep F&B yang unik.


Adik-beradik Dolly meninggalkan pekerjaan mereka dalam bidang kewangan dan perundingan untuk menubuhkan Dolly Dim Sum, sebuah konsep hidangan dim sum yang autentik dan tanpa khinzir yang dibuka sepanjang hari.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

18 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:12

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:35:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:34:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase