Back To Halal News

Nov 06, 2024 12PM

Lembaga Zakat Negeri Kedah terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2024

Kerajaan Persekutuan menganugerahkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Anugerah Zakat Kebangsaan 2024 bagi Kategori Inovasi Terbaik (kutipan).

Anugerah itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar pada Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2024 semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, anugerah tersebut bukan hasil usaha seorang dua tetapi hasil titik peluh seluruh warga kerja LZNK yang menggembleng tenaga memberikan komitmen sepenuhnya.

Syeikh Zakaria juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengangkat syiar Islam untuk dipandang tinggi oleh semua ummah.

“Terima kasih khusus kepada YB Menteri Agama serta Jawhar atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Majlis Agama Islam dan Agensi Mengurus Zakat di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Panel Juri Anugerah Zakat Kebangsaan Tahun 2024 bersetuju memilih inovasi Sistem Aplikasi MyAmil Dalam Kutipan Zakat sebagai penerima Anugerah Zakat Inovasi Kutipan Terbaik 2024. 


Lembaga Zakat Negeri Kedah terima anugerah, guna inovasi untuk pengutipan zakat


Sistem berkenaan adalah bukti komitmen LZNK dalam mempertingkatkan hasil kutipan zakat dengan pendekatan moden dan efisien, sekaligus memudahkan urusan pembayar zakat di Kedah.

Untuk rekod, sebelum itu, LZNK pernah mendapat Anugerah Khas Zakat Kebangsaan (Kutipan dan Agihan) pada tahun 2023; Anugerah Inovasi Agihan Terbaik Kebangsaan (Aplikasi Zakat On Touch) pada tahun 2021; Anugerah Inovasi Agihan Terbaik Kebangsaan (Foodbank) pada tahun 2019; serta Anugerah Asnaf Usahawan Kebangsaan juga pada tahun 2019.

Tambah Syeikh Zakaria, setiap kali menerima anugerah, dia pasti akan mengimbau kenangan tujuh hingga lapa tahun lalu sewaktu mula-mula menerajui institusi zakat di Kedah itu.

“Pahit, duka, manis bercampur baur. Bukanlah sesuatu yang mudah, tapi Alhamdulillah hari ini LZNK bersedia meletakkan penanda aras yang sepatutnya dalam mengangkat izzah rukun agama dalam kehidupan umat Islam,” katanya.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

07 Nov 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:00

mosque
imsak

Imsak

05:38:00

fajr

Fajr

05:48:00

syuruk

Syuruk

06:56:00

dhuhr

Dhuhr

13:00:00

asr

Asr

16:21:00

maghrib

Maghrib

18:58:00

isha

Isha

20:10:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase