May 20, 2026 4PM
Maggi bawa rasa musim tuaian sempena Gawai, Kaamatan buat anak perantauan
Bersempena Gawai dan Kaamatan tahun ini, Maggi Malaysia bawa rasa musim tuaian ke meja makan anak perantauan Sabah dan Sarawak melalui perkongsian resipi tradisi kaya dengan lapisan cita rasa turun-temurun di Borneo Native Festival dari 22 hingga 24 Mei ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia, Ivy Tan Link Cheh berkata, musim perayaan itu acapkali hadir dengan perasaan bercampur baur bagi ramai anak kelahiran Sabah dan Sarawak yang jauh dari kampung halaman.
“Sambutan berlangsung tanpa mereka, dan makanan yang membesarkan mereka pula tidak semestinya mudah didapati atau dimasak sendiri.
“Maggi sentiasa menjadi sebahagian daripada cara rakyat Malaysia memasak, dan tahun ini kami hanya mahu memudahkan mereka membawa cita rasa kampung halaman itu ke mana sahaja mereka berada,” katanya.

Chef Melvin Gatu dan Karen R. Yap. (kredit foto: Maggi Malaysia)
Usaha itu melibatkan dua figura warisan kulinari tempatan– Karen R. Yap dan Chef Melvin Gatu – dalam menjadikan pemeliharaan makanan tradisi negeri asal mereka sebagai misi hidup, selain memahami sendiri pengalaman hidup sebagai anak perantau.
Menurut Karen, rasa dan teknik masakan yang beliau membesar bersama kekal terpahat dalam ingatannya, menjadikan Gawai sebuah perayaan yang sentiasa dekat di hati.
“Makanan etnik kita membawa kita lebih jauh daripada sekadar rasa, ia mencerminkan bahan-bahan tempatan, alam sekitar tempat hidangan itu lahir, serta cara hidup dan budaya masyarakat kita.

Sekitar kelas bengkel memasak Maggi Malaysia. (kredit foto: Maggi Malaysia)
“Namun, kita kini berada di ambang kehilangan perkara yang tidak pernah didokumentasikan, sehingga apabila tiba saat kita cuba mengingatinya, tiada lagi insan yang boleh dihubungi dan ketika itulah semuanya sudah terlambat.
“Maka setiap kali kita mencuba, walaupun tidak sempurna, kita sebenarnya sedang memastikan warisan ini terus hidup,” katanya.
Berkongsi pandangan yang sama, Chef Melvin berkata ramai berasa gementar untuk memasak hidangan tradisi buat kali pertama, namun inisiatif Maggi Malaysia itu membantu mengurangkan rasa takut tersebut agar lebih ramai berani mencuba.

Rangkaian produk Maggi yang digunakan dalam resipi Karen dan Chef Melvin. (kredit foto: Maggi Malaysia)
Antara masakan berasaskan produk Maggi yang diperkenalkan adalah Ayam Kampung Umbut Pisang, Sambal Ikan Masin Gonjeng, Tenggiri Terung Dayak, Binuburan Manuk Kampung dan Linombur Bubuk Om Tulod-Ulod.
Kelima-lima resipi itu boleh didapati di laman sesawang Maggi Malaysia sepanjang musim perayaan menggunakan rangkaian produk Maggi, selain koleksi resipi perayaannya sendiri untuk memberikan lebih banyak inspirasi kepada jurumasak di rumah.
Pada masa sama, komitmen Maggi Malaysia musim ini melangkaui dapur masyarakat Malaysia Timur melalui sokongan kepada Hopes Malaysia Welfare Association di Sabah dan Helping Hands Penan di Sarawak.
Waktu Solat


21 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:13












