Sep 11, 2024 2PM
Sistem MyWaghih Dilancarkan Oleh MAINS Semasa Simposium Pentadbiran Harta Islam
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan Majlis Perasmian Simposium Pentadbiran Harta Islam dan Pelancaran Sistem MyWaghih di d’Tempat Country Club, Sendayan pada 10 September 2024.
Simposium ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan memperluas perbincangan mengenai pentadbiran harta umat Islam, satu aspek penting yang melibatkan bukan sahaja individu, tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya.
Pentadbiran harta Islam merupakan satu topik yang bukan sahaja relevan dari sudut agama, tetapi juga penting dari perspektif ekonomi dan sosial. Oleh itu, pihak MAINS mengadakan simposium ini untuk menjadi platform yang tepat bagi mencari solusi terbaik dalam memastikan harta umat Islam dapat diurus dan diagihkan dengan sebaik mungkin menurut syariah.
Sistem MyWaghih merupakan sebuah sistem yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kerjasama dengan syarikat Pro Office Sdn Bhd bagi pengurusan permohonan wasiat dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian.
Agensi kerajan tersebut sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam pengurusan harta orang Islam khususnya di Negeri Sembilan. MAINS telah mula menawarkan perkhidmatan pengurusan harta sejak tahun 2018 sehingga kini. Ia merangkumi perkhidmatan runding cara faraid, tuntutan harta pusaka, penyaluran wang tidak patuh syariah, wang orang berhutang, harta tidak dituntut, penyerahan harta luqatah serta bayaran fidyah dan kaffarah.
Dengan pengwujudan sistem MyWaghih ini, pihak MAINS yakin akan berlakunya peningkatan secara drastik kerana permohonan dan bayaran akan menjadi sangat mudah di akses oleh pemohon dan pembayar sendiri.
Melalui sistem MyWaghih ini, MAINS telah menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah dalam satu sistem pintar. Permohonan dan kelulusan sistem MyWaghih ini akan diuruskan 100% secara dalam talian selain menawarkan penggunaan Electronik Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sepertimana yang dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan di negara ini.
Sila tonton dan share video pelancaran MyWaghih di https://mk.my/mywaghih
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat
13 Oct 2024
Waktu solat berikutnya,
Isha
pada
20:12