Back To Halal News

Aug 02, 2024 3PM

ICTCC dan HDC, Usaha Strategik Untuk Memperkasa PKS Malaysia Ke Pasaran Halal China

Sumber foto LinkedIn Hairol Ariffein Sahari

 

The International Cultural Trade Collaboration Center (ICTCC) bersama Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), telah mengumumkan usaha strategik untuk mengukuhkan industri halal Malaysia melalui kerjasama yang dipertingkatkan. 

 

ICTCC adalah inisiatif swasta yang ditubuhkan oleh beberapa entiti perniagaan, termasuk Syarikat Cangkat Cendana Group Sdn. Bhd., Topwork Global (M) Sdn. Bhd., Persatuan Konsensus One Belt One Road, dan Global Networks (Beijing) IIC Services Co. Ltd. Kerjasama ini bertujuan untuk membantu 300 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memasuki pasaran halal di China dan membuka peluang pasaran baharu.

 

Sumber foto Linkredin Hairol Ariffein Sahari

 

Pengerusi ICTCC, Datuk Suhaidi Sulaiman berkata, “Dengan visi untuk mempertingkatkan industri halal global, ICTCC akan menawarkan PKS akses kepada ekosistem pasaran digital, penyimpanan gudang tanpa cukai, pembiayaan perniagaan, B2B dan B2C matching, serta peluang di pasaran China. Platform kami, yang terletak di Zon Ekonomi Bebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing (Langfang), akan mula menerima PKS mulai September 2024 dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang November.”

 

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari, menekankan kepentingan China sebagai destinasi utama untuk produk halal, dengan eksport bernilai RM6.25 bilion, mewakili 11.6% daripada eksport halal Malaysia yang bernilai RM54 bilion pada tahun 2023. MITI dan HDC komited untuk meningkatkan jumlah PKS yang disahkan halal yang mampu mengeksport ke negara-negara dengan populasi Muslim yang signifikan. Mereka menawarkan sokongan dalam pembiayaan, akses pasaran, latihan, perundingan, dan pemasaran digital.

 

Sumber Business Today


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Jul 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:48

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:22:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:45:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase