Back To Halal News

Sep 09, 2025 1PM

Wanita tidak wajib berjihad tetapi tiada salah sertai - Dr. Na’im

Hukum wanita berjihad dalam peperangan adalah tidak wajib namun sumbangan dan peranan mereka dalam menjayakan misi jihad merupakan perkara yang dituntut serta terpuji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Na’im Mokhtar.

 

Beliau berkata sedemikian ketika merujuk jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil terhadap soalan berkenaan penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin melalui gerakan Global Sumud Flotilla. 

 

Menurut senator tersebut, sumbangan sukarelawan wanita dalam aktiviti jihad itu mencerminkan usaha sama yang pernah dilakukan oleh Saidatina Aisyah dan Ummu Sulaim ketika perang Uhud.

 

“Hal ini dengan berdasarkan garis panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, maka hukum penyertaan wanita dalam flotilla ini adalah harus dan tidak salah untuk terlibat.

 

“Lebih-lebih lagi dalam situasi rakyat Palestin yang cukup terdesak dalam mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada sesiapa pun yang sanggup menempuhi cabaran,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook. 

 

Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad Fauwaz menjelaskan bahawa sungguhpun penglibatan wanita dalam misi-misi melibatkan musafir tidak diwajibkan ke atas mereka, kehadiran mereka di kawasan terlibat boleh menjadi satu keperluan. 


(dari kiri) Zizi Kirana dan Ardell Aryana antara peserta Global Sumud Flotilla mewakili Nusantara ke Gaza, Palestin. (kredit foto: Instagram Ardell Aryana)


Katanya, sukarelawan wanita banyak diperlukan kerana terdapat kemungkinan bahawa kawasan terkesan mempunyai ramai mangsa wanita yang memerlukan bantuan, maka lebih mudah untuk mereka berurusan dengan petugas wanita. 

 

“Oleh yang demikian, kita tidak boleh hanya memberikan peluang ini kepada lelaki sahaja sebab kalau kita melihat kepada sirah juga, memang ramai wanita terlibat dalam peperangan untuk merawat pesakit-pesakit.

 

“Walaupun ia bukan peperangan tetapi kita nak ambil dari sudut semangatnya dalam misi kemanusiaan,  jadi bagi saya tidak salah untuk wanita melibatkan diri dalam gerakan-gerakan misi kemanusiaan yang kita boleh namakan sebagai jihad yang besar,” katanya. 

 

Tambahnya, peserta-peserta misi itu juga diselia oleh organisasi yang tersusun, mempunyai objektif jelas serta hubungan dengan pelbagai pihak tertentu, maka organisasi tersebut berupaya menjamin keselamatan peserta.

 

Namun, Ustaz Ahmad Fauwaz menegaskan bahawa aktiviti itu haruslah diketahui oleh kerajaan dan badan berwajib agar tidak ada mana-mana pihak melakukan perkara yang tidak diingini atas nama jihad. 

 

Mufti itu berharap agar jawapan beliau dapat memberi panduan dan pencerahan kepada orang awam yang berminat untuk menyertai misi serupa. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

12 Sep 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:48 (13 Sep 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:13:00

maghrib

Maghrib

19:16:00

isha

Isha

20:25:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase