Apr 22, 2024 4PM
Kriteria dan Dasar Halal: Mendalami Peranan Penasihat Halal bagi Lonjakan Industri
Tidak dinafikan terdapat potensi besar dalam industri Halal, tapi realitinya kadang kala ia memerlukan suntikan dana dan pembiayaan untuk keperluan perniagaan mengikut kepada kepatuhan industri yang ditetapkan.
Bukan itu sahaja, memasuki industri halal memerlukan bimbingan dan kesediaan rapi dari penasihat Halal. Maybank Islamic menyediakan penasihat halal yang termasuk dalam penyelesaian komprehensif industri. Program yang diberikan memberi panduan dan bantuan secara holistik kepada perniagaan dan individu yang berminat untuk mendapatkan pensijilan Halal di Malaysia.
Program ini membimbing syarikat melalui proses pensijilan, membantu dalam penyelarasan dokumentasi penting untuk permohonan pensijilan Halal, dan menawarkan pembiayaan modal yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan perniagaan.
Ikuti bual bicara program HALALTUJU: Kriteria dan Dasar Halal: Mendalami Peranan Penasihat Halal bagi Lonjakan Industri
Syilda Ismail, Moderator, Penerbit Kanan Kinihalal
Panelis:
1) Dato Dr. Sirajuddin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2) Dr. Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Pengarah, Program Strategik, Maybank Islamic Berhad
Luaskan jangkauan perniagaan anda seiring dengan keperluan industri bersama solusi Halal2u.
Waktu Solat
10 Nov 2024
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:38