Back To News

Jul 18, 2024 12PM

Lebih RM12,000 Rempah-Ratus Menggunakan Logo Halal Tamat Tempoh Dirampas

BUKIT MERTAJAM, 17 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 2,498 bungkus rempah-ratus bernilai RM12,490 kerana menggunakan sijil halal tamat tempoh dalam serbuan di sebuah kilang di Permatang Tinggi, di sini hari ini.


Pengarahnya S.Jegan berkata operasi bersepadu itu dijalankan pihaknya bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 11 pagi tadi.


"Bertindak hasil maklumat dan risikan, kami menjalankan operasi di kilang itu dan mendapati bungkusan rempah-ratus masih menggunakan logo halal Malaysia tidak sah bagi tujuan perdagangan ke atas produk jualannya.


"Sijil halal di kilang rempah-ratus itu telah tamat tempoh sejak lapan tahun lepas, sebelum ini syarikat tersebut mempunyai sijil halal namun atas beberapa faktor sijil tersebut gagal diperbaharui, namun pemiliknya masih menggunakannya (logo sijil halal)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jegan yang mengetuai operasi berkata tindakan syarikat itu boleh mengelirukan pengguna terutama pelanggan beragama Islam.


Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diambil tindakan di bawah Perenggan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.


KPDN Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga agar tidak menggunakan logo halal Malaysia tanpa diperakui oleh pihak berkuasa berwibawa sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

12 Feb 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:09

mosque
imsak

Imsak

06:09:00

fajr

Fajr

06:19:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:30:00

asr

Asr

16:50:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:40:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase