Jul 30, 2024 4PM
Klang Akan Ada Masjid Jamek Cina Pertama di Selangor
Sumber foto: Facebook Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Pada pandangan pertama, bangunan yang mempunyai bumbung berwarna kelabu di Jalan Langat, Klang kelihatan sama seperti struktur seni bina Cina yang lain.
Bangunan yang akan siap tidak lama lagi itu sebenarnya adalah Masjid Jamek Cina Muslim Klang.
Penasihat Malaysian Chinese Muslim Association (Macma) cawangan Selangor Sharin Low Abdullah berkata masjid itu adalah yang pertama seumpama itu di Selangor.
Sumber foto dari The Star
"Ia benar-benar menarik perhatian. Masjid ini mempunyai ciri-ciri seni bina Cina yang terperinci yang diinspirasikan oleh Masjid Agung Xi’an di China," katanya, sambil menyatakan bahawa Xi’an adalah ibu kota provinsi Shaanxi.
Katanya, bangunan baru dengan bumbung melengkung beralur dan pagoda tiga tingkat di sepanjang Jalan Langat, yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Klang-Banting itu, telah menarik perhatian orang ramai.
"Kebanyakan orang sukar untuk mempercayai bahawa kelompok bangunan-bangunan ini adalah sebuah masjid."
Sumber foto: Facebook Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Sharin berkata masjid tersebut dijadualkan untuk dibuka kepada orang ramai menjelang akhir bulan Ogos.
"Masjid ini akan mempromosikan pelancongan yang mesra Muslim.
"Kami merancang untuk bekerjasama dengan Tourism Selangor untuk menjadikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang sebagai destinasi pelancongan yang ikonik," katanya.
“Kami mahu merangka strategi bersama Tourism Selangor untuk mencipta pengalaman perjalanan dengan lawatan ke masjid dan menarik pelancong untuk tinggal lebih lama.”
Sharin menyatakan bahawa mempromosikan produk tersebut adlaah perlu kepada pengembara kerana masjid adalah destinasi percutian untuk umat Islam.
"Di Kuala Lumpur, pelancong antarabangsa pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Masjid Negara.
“Kita boleh menganjurkan lawatan ke masjid-masjid lain kerana pelancong Muslim dan bukan Muslim sama-sama menghargai seni bina yang unik di tempat-tempat ibadat.”
Sharin juga berkata bahawa masjid tersebut akan mempunyai pusat kebudayaan, kedai cenderamata, dan kafe.
Sumber: The Star
Waktu Solat
12 Jan 2025
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:24