Jul 16, 2024 3PM
Zahid : Potensi Industri Halal Global Harus Diteroka Oleh MARA
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) - Majlis Amanah Rakyat (MARA) diminta untuk meneroka peluang potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini memandangkan pada tahun lepas sahaja kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkodkan 7.9 peratus, dengan jumlah eksport halal mencecah RM53.72 bilion.
“...dari tahun 2020 sehingga hari ini, RM400 juta jumlah jualan telah disumbangkan kepada KDNK negara melalui syarikat GTG, dan hari ini saya cabar MARA untuk menggandakan nilai ini,” katanya.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), yang turut dihadiri Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan 400 warga kerja kementerian dan agensi.
Program GTG yang dilaksanakan MARA sejak 2017 bertujuan meningkatkan keupayaan usahawan dalam aspek pembangunan produk, pengukuhan penjenamaan dan pemasaran strategik yang dapat membawa produk tempatan ke pasaran dunia.
Waktu Solat
![mosque](/_ipx/w_1708&f_webp/img/home/waktu-solat/mosque.png)
![mosque](/_ipx/_/img/home/waktu-solat/lantern-1.png)
07 Feb 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:09 (08 Feb 2025)
![mosque](/_ipx/_/img/home/waktu-solat/lantern-2.png)
![mosque](/_ipx/_/img/home/waktu-solat/quran.png)