Back To Halal News

Feb 17, 2025 4AM

2,000 pemain industri halal disasar sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka – HDC

Bagi memperluas potensi pasaran ke peringkat antarabangsa yang dianggarkan bernilai lebih USD3 trilion, Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan lebih 2,000 pemain industri halal tempatan menyertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.

 

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata, pelbagai agensi kerajaan, antaranya di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut menyertai ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April nanti.

 

“Peluang masih dibuka kepada pemain industri halal untuk turut serta dan kami menggalakkan pengusaha menyahut seruan ini agar HDC boleh menghubungkan mereka dengan rakan kongsi perniagaan berpotensi semasa ekspo berkenaan,” katanya.

 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari. 

 

Khairul Azwan berkata, permintaan terhadap produk makanan halal Malaysia sangat tinggi malah semakin menjadi pilihan termasuk dalam kalangan pengguna bukan Islam.

 

“Kita mahu kekalkan dominasi Malaysia sebagai peneraju serta pemimpin industri halal global, jadi jenama halal Malaysia ini perlu diperluaskan serta diperkasakan sepanjang tempoh ekspo berlangsung. 

 

“Selain itu, kita mahu menarik lebih banyak pelabur asing datang membuka kilang di taman industri halal di negara ini dengan menggunakan sijil halal negara kita,” katanya.

 

Beliau berkata HDC ketika ini sedang memuktamadkan syarikat yang akan menyertai ekspo terbabit dan ia akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelak.

 

– Bernama 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners