Back To Halal News

Mar 19, 2025 3AM

Boikot mesti dengan ilmu untuk elak ada pihak teraniaya

Seorang ahli akademik berpendapat, penurunan jumlah zakat yang dikeluarkan oleh syarikat McDonald’s Malaysia bukan sekadar memberi bayangan kempen boikot itu mempunyai pengaruh besar, tetapi lebih daripada itu, membuka implikasi lebih besar kepada masyarakat.

 

Profesor Madya Bahagian Syariah Undang-Undang Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Zalina Zakaria berkata, sekiranya hal itu terus berpanjangan, golongan asnaf yang sepatutnya layak menerima bantuan zakat dikhuatiri menerima kesan ke atas hak mereka.

 

“Perbuatan memboikot McDonald’s Malaysia menjadi satu isu global ekoran kempen oleh rata-rata masyarakat dunia dalam mengekspresikan reaksi terhadap isu Palestin yang mereka

perjuangkan.

 

“Senario sama berlaku di negara ini apabila wujud pihak mempertikaikan isu royalti 5 peratus dalam sistem francais dibayar kepada McDonald’s Corporation (MCD) di Amerika Syarikat dan juga McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis. 

 

“Kos pemilikan 5 peratus tersebut bertujuan membangunkan infrastruktur McDonald’s Malaysia, bukan untuk membiayai tentera Israel, malah jumlah itu terlalu kecil untuk membeli senjata malah tindakan memberi makanan percuma atau bersubsidi kepada tentera Israel bukanlah satu keputusan global,” katanya.

Dr Zalina berkata kos pemilikan 5 peratus bertujuan meningkatkan infrastruktur McDonald’s Malaysia

Zalina yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Halal Universiti Malaya (UMHRC), Universiti Malaya berkata, tindakan memboikot perlu didahulukan dengan ilmu supaya tidak terjadi penganiayaan terhadap pihak lain.

 

Menurut beliau, hal itu kerana selain menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah sebanyak RM12 juta sejak 2017 untuk keperluan golongan miskin, McDonald’s Malaysia juga antaranya menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan golongan asnaf.

 

“Rakyat kita tidak mencari fakta yang sepatutnya. Capaian fakta yang ada pula tidak telus,” katanya pada seminar Boikot dalam perspektif Maqasid al- Syariah: Antara keperluan, tanggungjawab dan hikmah syariah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Selain Zalina, tiga lagi panel iaitu Profesor Dr Ishak Suliaman, Dr Muhammad Safwan Harun dan Dr Nurhidayah Pauzi turut hadir memberikan pandangan pada seminar yang dikendalikan moderator, Prof Madya Dr Kamaruzaman Noordin itu.

 

Sementara itu, menurut Ishak yang juga Ketua Bahagian Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), tindakan boikot terhadap produk berkaitan rejim Zionis perlu mengikut landasan betul berdasarkan Garis Panduan Memboikot Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri-negeri di Malaysia.

Dr Ishak menyeru umat Islam di Malaysia memboikot berdasarkan fakta, bukan persepsi

Memetik kenyataan Jabatan Mufti Negeri Pahang, beliau berkata, pertimbangan di antara kepentingan (maslahah) dan kerugian (mafsadah) perlu diperhalusi.

 

Misalnya, kata beliau lagi, siapa yang memiliki restoran berkenaan, pekerja yang terlibat, pembekal dan penerima manfaat terbesar perniagaan tersebut.

 

Turut perlu diberi perhatian, katanya, ialah jika umat Islam merupakan penerima manfaat terbesar perniagaan tersebut maka kempen boikot perlu dinilai semula.

 

“Justeru, umat Islam di negara ini secara individu perlu menilai semula sikap untuk berterusan memboikot produk McDonald’s Malaysia berasaskan fakta, bukan persepsi yang salah. 

 

“Kita tahu perusahaan McDonald’s Malaysia adalah orang Islam, namun, orang Islam sendiri yang bersikap tidak adil, jadi kita kena lihat pada kesan jangka panjang apabila berlaku perkara begini,” katanya.

Bersama dua lagi panel, Muhammad Safwan Harun dan Dr Nurhidayah Pauzi 

Ishak turut mempertikai mengapa Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia terus mengekalkan McDonald’s Malaysia dalam senarai boikot.

 

Katanya, pemboikotan itu bukan sahaja mengakibatkan 10,000 anak tempatan bahkan majoritinya adalah Muslim kehilangan pekerjaan bahkan membawa kesan mudarat terhadap perniagaan McDonald’s Malaysia sekali gus kepada sumber zakat RM12 juta bagi kelestarian umat Islam dan ekonomi negara dalam beberapa tahun ini.

 

“Kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam isu ini sekiranya tidak mahu ramai orang kehilangan pekerjaan selain sekali gus menyebabkan kadar inflasi naik,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners