Back To Halal News

Jan 08, 2024 6AM

CEO LZS – INFLUENCER MAIN PERANAN BERKESAN DALAM DAKWAH MENYEMPURNAKAN ZAKAT

Pempengaruh atau influencer dan usahawan atas talian yang popular menerusi aplikasi seperti Tik Tok dan Instagram  merupakan kumpulan sasaran baharu sebagai pembayar zakat di Selangor.

 Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS),  Mohd Sabirin Mohd Sarbini

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS),  Mohd Sabirin Mohd Sarbini, menyedari golongan ini mampu memberi dorongan dan juga mengajak follower (pengikut) mereka dalam menyampaikan mesej dengan cara yang menarik meningkatkan kesedaran dan amalan zakat dalam masyarakat. 

KESEDARAN PEMPENGARUH TENTANG ZAKAT BERTAMBAH

Tambahnya lagi peningkatan kesedaran di kalangan pempengaruh untuk menunaikan kewajipan zakat ini semakin meningkat. 

Ini dapat dilihat beberapa pempengaruh yang pernah berkolaborasi dengan LZS  seperti PU Amin, Sofyank96, Qawiyaro, dan beberapa selebriti yang mempunyai pengaruh kekuatan pengikut di sosial media membayar zakat, yang turut membantu meningkatkan kesedaran dan ilmu ibadah zakat.

Pasangan usahawan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut dipaparkan di dada akhbar membayar zakat pendapatan dan  perniagaan RM1.15 juta kepada LZS baru-baru ini. 

Antara contoh selebriti yang membuat pembayaran zakat tertinggi dan konsisten sejak tahun 2019 adalah penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Manakala selebriti popular di media sosial Dato Aliff Shukri turut memberi pengaruh dalam kesedaran dan kewajipan berzakat, yang konsisten dalam menunaikan zakat pendapatan dan perniagaan. 

Namun menurut Mohd Sabirin,secara umum ada juga segolongan pempengaruh yang mungkin tidak mendapat pengetahuan dan penerimaan ilmu zakat yang tidak tepat.

Mereka lebih bertumpu dengan pengetahuan  Zakat Fitrah sedangkan ada Zakat yang diwajibkan seperti  Zakat Pendapatan, Simpanan, Perniagaan, Emas, Perak, KWSP dan Saham.

Selain dari itu, tambahnya dokumentasi pendapatan secara formal bukan menjadi permasalahan membayar zakat kerana jumlah pendapatan mereka boleh dikira di hujung tahun di pernyataan akaun bank.

Di pihak LZS, yakin terdapat ramai golongan ini yang memberi contoh positif menjalankan kewajiban rukun islam keempat ini, namun tidak dapat menjejaki rekod dan data kerana setakat ini,  pihak LZS tidak mengumpulkan data penuh untuk pempengaruh yang membayar zakat.

SARANAN CEO LZS 

Saranan Mohd Sabirin juga meminta pihak pempengaruh yang sudah menunaikan kewajipan ini, agar turut menyempurnakan zakat dengan mendorong pengikut dengan berkongsi maklumat menunaikan zakat. 

Ia bermaksud bukan hanya tentang zakat simpanan atau pendapatan sahaja, tetapi turut membayar kategori zakat yang lain diwajibkan.

Mereka berpengaruh dan sangat berpotensi serta berkesan dalam menyebarkan dakwah zakat kepada pengikut mereka, saranan Mohd Sabirin ketika temubual eksklusif bersama Kinihalal. 

Katanya hebahan dalam kewajiban membayar zakat ini akan mendapat pahala berganda, pahala mudah dan pembalasan yang tidak ternilai dunia dan akhirat.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners