Back To Halal News

May 05, 2025 8AM

Pelaksanaan Sijil Pengesahan Halal elektronik bermula hari ini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menguatkuasakan pelaksanaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara elektronik (eCERT) bermula hari ini bagi menambah baik usaha sistem pensijilan halal di Malaysia. 

 

JAKIM melalui sebuah kenyataan berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan salinan fizikal SPHM secara automatik pada masa akan datang. 

 

“Pihak syarikat dikehendaki untuk mencetak sendiri SPHM yang telah diluluskan melalui sistem MYeHalal.

 

“Cetakan sijil fizikal dikategorikan sebagai Cetakan Semula SPHM dan akan dikenakan bayaran,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook.

Menurut JAKIM, pembayaran yang dikenakan tersebut selari dengan Klausa 13, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

 

Namun, pihaknya masih membuka ruang permohonan bagi sebarang syarikat yang memerlukan salinan SPHM dalam bentuk fizikal dan disahkan sama ada oleh badannya, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). 

 

“Permohonan hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners