Back To Halal News

Aug 16, 2024 4AM

JAKIM Lantik YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz Saari sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Halal

Sumber foto dari Facebook JAKIM

 

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pelantikan YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz Saari sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Halal berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2024. Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi usaha JAKIM dalam memastikan pengurusan halal di Malaysia berada pada tahap yang cemerlang.

 

Sumber foto dari Facebook JAKIM

 

Dalam pautan di Facebook, pihak JAKIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz Saari dan berharap agar beliau dapat meneruskan khidmatnya dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. 

 

Beliau juga menyampaikan ucapan dan merakamkan penghargaan kepada semua warga Bahagian Pengurusan Halal atas kerjasama cemerlang yang diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Pengarah BPH dari Mei 2023 hingga Ogos 2024.

 

Sumber foto dari Facebook JAKIM

 

Serah terima tugas antara YBrs. Tuan Mohamad Zamri bin Mohamad Shapik dan Pengarah BPH yang baru, YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, telah diadakan di Ruang Aktiviti, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Shuhaimi, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM.

 

Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh lagi keyakinan masyarakat terhadap integriti dan kualiti pensijilan halal di Malaysia, serta memantapkan usaha JAKIM dalam memastikan Malaysia terus kekal sebagai peneraju global dalam industri halal.

Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners