Back To Halal News

Nov 13, 2024 6AM

No pork, no alcohol tidak semestinya halal

Premis yang menggunakan istilah ‘tiada babi, tiada alkohol’ atau ‘no pork, no alcohol’ tidak semestinya mencerminkan makanan yang disediakan adalah halal. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, istilah halal merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan yang menepati aspek syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mempertingkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan serta kebaikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam industri makanan dan perniagaan,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mahu mengetahui status cadangan supaya Jakim mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan babi dan alkohol.

Tambah Mohd Na’im, buat masa ini kerajaan masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan SPHM bersifat sukarela sejak mula dilaksanakan pada tahun 1974, dan perkara itu telah diperkukuhkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.

“Dasar sedia ada ini bermaksud bahawa ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Sesungguhnya pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan saja  industri tapi juga pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners