Back To Halal News

Aug 20, 2024 9AM

Arab Saudi Operasikan Kereta Gantung ke Gua Hira untuk Mudahkan Ibadah Haji

Sumber foto dari Detik

 

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk mengembangkan sistem kereta gantung yang akan mempermudah akses ke Gua Hira di Jabal Al Noor, Makkah. Projek ini, yang dijangka selesai pada tahun 2025, bertujuan untuk meningkatkan pengalaman ibadah haji dengan memungkinkan pengunjung pergi ke tapak bersejarah yang penting dengan lebih mudah.

 

Sumber foto dari Detik

Gua Hira adalah tempat bersejarah di mana Nabi Muhammad (SAW) menerima wahyu pertamanya, menjadikannya tapak yang sangat bernilai dalam sejarah dan keagamaan Islam. Kereta gantung tersebut akan mencapai ketinggian sekitar 634 meter, dengan jarak kurang lebih 4 kilometer dari Masjidil Haram. 

 

Selain pembangunan sistem kereta gantung, rancangan ini juga meliputi pembukaan Distrik Budaya Hira dan tiga museum baru di Jabal Omar pada tahun yang sama. Ini bertujuan untuk memperkaya pengalaman pengunjung dan memberikan pemahaman yang lebih dalam tentang sejarah dan budaya Islam.

 

Dengan projek-projek ini, Arab Saudi tidak hanya berkomitmen untuk meningkatkan fasilitasi ibadah, tetapi juga untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam dan bermakna bagi jutaan peziarah yang datang setiap tahun.

Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.


Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners