Back To Halal News

May 28, 2025 1AM

Vanidah Imran, Raihan antara penyeri konsert komuniti OKU pendengaran

Yayasan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM dan Kengkawan Project telah mengadakan sidang media Konsert Malam Wakaf Rakyat 2025 (MAWAR 2025) di Smoked Kingdom by Don Daniyal, Kuala Lumpur pada 21 Mei 2025.

Menurut Pengarah Yayasan Canselor,  Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Konsert MAWAR 2025 yang akan diadakan pada 10 Oktober 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM itu bukan sekadar hiburan, tetapi ruang renungan yang mengajak masyarakat menyuburkan amalan wakaf melalui gabungan seni dan spiritualiti. 

Katanya, konsert itu memperkenalkan pendekatan baharu dalam inovasi pendanaan wakaf untuk menyokong kebajikan, pendidikan dan pembangunan di UKM.

Konsert MAWAR 2025 merupakan konsert pertama di Malaysia yang menggunakan bahasa isyarat secara langsung sepanjang persembahan, bagi meraikan komuniti OKU pendengaran.

Bertemakan “Biarpun Nafasmu Terhenti, Pahalamu Terus Mengalir”, konsert ini mengetengahkan naratif menyentuh hati tentang kehidupan, kematian dan legasi amal yang berkekalan.

Konsert MAWAR 2025 yang akan menampilkan artis dan personaliti terkenal seperti Datuk Ramli Sarip, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, Lah Ahmad, Caliph Buskers, Vanidah Imran, Raihan, UNIC, Abby Fana, Dr PU Razi, Azhar Hilmi serta ramai lagi bakal diisi dengan persembahan yang menggabungkan tazkirah, kisah inspirasi, selawat, lakonan dan nyanyian berunsur spiritual.

MAWAR 2025 adalah lebih daripada sekadar hiburan, ia adalah sebuah ruang renungan dan seruan untuk menyuburkan amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat yang menyatukan seni dan spiritualiti dalam bentuk yang halus namun bermakna.

Tiket boleh dibeli melalui Ticket2u pada harga serendah RM49 hingga RM199.

Setiap pembelian tiket adalah satu langkah ke arah menyumbang kepada dana wakaf dan menjadi sebahagian daripada amal jariah yang berpanjangan manfaatnya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners