Nov 14, 2024 3PM
Malaysia, Peru kukuh kerjasama ekonomi terutama sektor halal
Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal melalui Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata usaha itu sekali gus memperkukuh kedudukan Peru dalam pasaran halal global yang sedang pesat berkembang meliputi pelbagai industri.
Pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyusun mesyuarat meja bulat yang mengumpulkan 17 syarikat Malaysia dan 18 syarikat Peru, membuka peluang kerjasama dalam sektor penting seperti kewangan, tenaga boleh baru, halal, dan logistik, katanya.
Malaysia komited untuk meningkatkan integrasi serantau dan memanfaatkan kerjasama yang lebih kukuh, termasuk dalam industri halal
“Dengan rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang komprehensif, Malaysia bukan saja menjadi pintu masuk ke pasaran ASEAN, malah juga menawarkan akses yang lebih luas kepada syarikat Peru untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik,” menurutnya dalam catatan di platform X hari ini.
Tengku Zafrul juga menyatakan keyakinan bahawa kerjasama itu akan membawa manfaat ekonomi yang besar dan membuka peluang baru bagi rakyat kedua-dua negara.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk meningkatkan integrasi serantau dan memanfaatkan kerjasama yang lebih kukuh, termasuk dalam industri halal.
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

