Back To Halal News

Apr 09, 2026 10AM

Masjid al-Aqsa dibuka semula, ratusan jemaah Palestin sujud syukur

Selepas 40 hari penutupan berikutan operasi ketenteraan AS-Israel terhadap Iran, Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang berada di bawah kawalan Israel dibuka semula untuk umat Islam hari ini.

Masjid yang terletak di Kota Lama Baitulmuqaddis itu dibuka semula pada waktu subuh, membolehkan ratusan umat Islam Palestin menunaikan solat di kompleks Al-Haram al-Sharif.

Bernama melaporkan, seiring azan Subuh berkumandang, pintu masjid dibuka dan jemaah bergegas masuk, ramai yang mengalirkan air mata serta sujud syukur di halaman.

Ratusan umat Islam menunaikan solat Subuh secara berjemaah, menandakan kali pertama solat diadakan di masjid sejak ia ditutup.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, memasuki kompleks itu pada 6 April ketika ia masih ditutup.

Masjid al-Aqsa dibuka semula selepas 40 hari ditutup Israel

Israel menutup sepenuhnya akses ke Masjid Al‑Aqsa sejak 28 Februari lalu bertepatan dengan serangan ke atas Iran, dan hanya kakitangan masjid serta pegawai Wakaf Islam Baitulmuqaddis dibenarkan solat di situ manakala rakyat Palestin lain terpaksa menunaikan solat di masjid‑masjid kecil di seluruh bandar.

Solat sunat Aidilfitri di Masjid Al‑Aqsa dihalang oleh Israel untuk kali pertama sejak 1967, manakala Gereja Holy Sepulchre ditutup sepanjang tempoh yang sama. Perintah darurat juga dilanjutkan hingga pertengahan April tanpa kepastian sama ada masjid akan terus ditutup.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners