Back To Halal News

Nov 05, 2024 11AM

Memperkasa tenaga kerja halal: Hasil utama daripada Halal Talent Symposium 2024

Halal Development Corporation Berhad (HDC) berjaya menghimpunkan seramai 200 pemimpin industri, pegawai kerajaan dan institusi pendidikan pada Halal Talent Symposium 2024 bagi membincangkan kepentingan pembangunan bakat dalam memartabatkan ekosistem halal Malaysia.

Bertemakan Memperkasa Tenaga Kerja Halal Masa Depan, program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Pelaburan dan Pengurusan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Bahria Mohd Tamil.

Dalam ucapannya, Bahria menekankan bahawa Malaysia berpotensi untuk menerajui pasaran tersebut dengan melahirkan bakat tempatan yang berkemahiran sebagai aspek penting untuk mengekalkan piawaian kecemerlangan halal.

“Komitmen untuk mengekalkan standard halal dan praktik dipamerkan dalam inisiatif strategik kami seperti Halal Industry Master Plan 2030,” katanya.

Bahria menekankan Malaysia berpotensi untuk menerajui pasaran halal dengan melahirkan bakat tempatan yang berkemahiran

Bahria juga menekankan kepentingan memupuk tenaga kerja mahir yang mampu menyesuaikan diri dengan permintaan industri halal yang semakin berkembang.

Menurutnya, industri halal adalah ekosistem yang komprehensif merangkumi makanan, farmaseutikal, kosmetik dan perkhidmatan.

“Untuk ekonomi halal berkembang maju, aset paling berharga adalah orang-orang kita,” katanya yang menyeru pendekatan kolaboratif untuk pembangunan bakat yang menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana dengan institusi pendidikan serta sektor awam.

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun, berkata, perbincangan hari ini adalah kritikal kerana mereka berhasrat untuk mengukuhkan tenaga kerja halal mereka. 

“Dengan menyelaraskan program pendidikan dengan keperluan industri, kami dapat memastikan aliran profesional mahir yang mantap bersedia untuk menghadapi cabaran global akan datang,” katanya.

Simposium berkenaan juga memperkenalkan Halal Community Practice Framework yang dicipta untuk meningkatkan latihan dan pensijilan industri halal, 

Rangka kerja itu bertujuan memupuk kerjasama antara institusi pendidikan dan pemain industri. memastikan Malaysia kekal di barisan hadapan dalam inovasi dan amalan Halal.

Rangka kerja tersebut mengenalpasti lapan intervensi utama untuk menangani jurang latihan dan mengembangkan keterlihatan kerjaya dalam halal.

“Bersama, kita boleh ubah cabaran menjadi peluang, memastikan Malaysia bukan saja kekal sebagai pemimpin dalam pasaran halal global tapi berterusan menentukan masa depannya,” katanya.

HDC berharap untuk meneruskan misi memperkasakan tenaga kerja Halal dan mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi halal global.

Bernama 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners