Back To Halal News

Jul 15, 2024 9AM

MIDF Lancar Inisiatif Halal ‘HATI’

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) melancarkan inisiatif Akreditasi Halal dan Penambahbaikan Teknologi (HATI) hari ini, dengan peruntukan dana khusus sebanyak RM100 juta untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Inisiatif HATI adalah satu program komprehensif bertujuan untuk memupuk pertumbuhan, meningkatkan daya saing, dan mempromosikan pengembangan produk serta perkhidmatan halal PKS di peringkat global,  dengan cara pemodenan dan penggunaan teknologi.

Pengerusi MIDF Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata inisiatif HATI adalah program holistik yang direka bagi menyediakan sokongan menyeluruh melalui pembiayaan dan peningkatan ekosistem dengan menyediakan pembiayaan khusus RM100 juta untuk PKS dalam sektor halal.

“Matlamat kami adalah untuk menyokong perusahaan ini dalam melaksanakan inisiatif halal, meningkatkan kecekapan operasi mereka, dan memenuhi keperluan ketat pasaran halal global,” katanya semasa majlis pelancaran inisiatif itu di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini.

Inisiatif HATI itu dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut Abdul Rahman, pembiayaan itu meliputi pelbagai aktiviti termasuk pensijilan halal, pengubahsuaian premis, pembelian mesin dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

“Sokongan komprehensif ini memastikan PKS kita dapat bersaing pada peringkat global dan memanfaatkan peningkatan permintaan untuk produk dan perkhidmatan halal,” katanya.

Abdul Rahman berkata program itu menyasarkan untuk membiayai sejumlah 50 PKS dengan sasaran awal 20 PKS tahun ini.

Dalam satu kenyataan berasingan, MIDF berkata bahawa fokus utama inisiatif HATI termasuk menyediakan PKS dengan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan, termasuk kadar daripada empat peratus hingga 6.5 peratus setahun.

“Tumpuan lain ialah pembangunan kapasiti melalui kerjasama dan memanfaatkan perkongsian strategik dengan HDC, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkepentingan lain,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners