Back To Halal News

Mar 16, 2026 10AM

Sibu kini miliki hab Halal pertama

Penubuhan hab halal pertama di Taman Selera Harmon, Sibu, Sarawak hasil kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bersama pihak berkepentingan membuktikan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat di samping memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan industri halal.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal semakin melonjak dan kini diiktiraf secara global.

Langkah MPS menubuhkan hab halal pertama di Taman Selera Harmoni di sini menjadi platform penting kepada usahawan tempatan mengembangkan perniagaan berasaskan halal hingga ke peringkat global.

“Langkah ini amat signifikan kerana bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan tempatan menceburi dan mengembangkan perniagaan berasaskan halal, malah berpotensi menjadi platform mempromosikan produk tempatan ke pasaran lebih luas.

 

“Industri halal kini antara sektor ekonomi yang berkembang pesat di peringkat global. Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah turut mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa kerana piawaian halal sering dikaitkan dengan aspek kebersihan, keselamatan serta kualiti produk,” katanya dipetik Bernama.

 

Langkah MPS menubuhkan hab halal pertama di Taman Selera Harmoni di sini menjadi platform penting kepada usahawan tempatan

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi pada majlis penyalaan lampu hab halal pertama di Taman Selera Harmoni di Jalan Awang Ramli Amit semalam.

 

Menurut Annuar, hab halal diharap dapat berperanan sebagai pusat pendidikan masyarakat mengenai pematuhan piawaian halal, sambil meningkatkan keyakinan terhadap produk tempatan dan memperkukuh keupayaan bersaing usahawan tempatan.

 

Sehubungan itu, beliau menyeru agar usahawan tempatan memanfaatkan peluang ini dengan menambah inovasi, meningkatkan kualiti produk, dan mengembangkan rangkaian perniagaan dalam sektor halal.

“Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, komuniti dan usahawan amat penting bagi memastikan kejayaan serta kelestarian inisiatif ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Datuk Roseley, menyifatkan majlis penyalaan lampu hab halal sebagai bukan sekadar acara simbolik, tetapi sebagai permulaan inisiatif untuk memposisikan Sibu sebagai pusat pembangunan ekonomi halal di wilayah tengah Sarawak.

Beliau berkata, MPS menjangkakan hab halal berkenaan dapat terus berkembang serta membuka lebih banyak peluang ekonomi, sekali gus membantu memajukan Sibu sebagai bandar yang progresif, inklusif, dan kompetitif.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners