Back To Halal News

Jun 20, 2025 2PM

Sijil halal bukan lesen guna bahan gantian sesuka hati – Jakim

Antara kegagalan serius tidak mematuhi sistem kawalan halal membabitkan peralatan, bahan mentah dan pencampuran di dapur yang disahkan halal punca penarikan balik sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

 

Pelanggaran itu termasuk menganjurkan aktiviti bertentangan dengan syariat Islam.

 

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Muhyidin Aziz @ Saari, apabila dapur atau restoran sudah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SHPM), ia bukan bermaksud pengusaha hotel atau premis boleh membeli bahan gantian secara tunai di mana-mana kedai berdekatan sekiranya terputus bekalan bahan mentah.

 

“Pembelian secara tunai tidak sepatutnya berlaku sebab mereka perlu mematuhi sistem (kawalan halal dalam MyeHALAL) kerana nanti akan ada pengauditan dan pemantauan.

 

“Pembelian tunai tidak ada rekod (dalam sistem MYeHALAL). Bila tiada rekod ketika disemak, kita tidak boleh kenal pasti sumbernya halal ataupun tidak, maka ia menjadi satu kesalahan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Muhyidin Aziz @ Saari berkata, sijil Halal ditarik jika langgar prosedur kawalan bahan mentah 

Sementara itu, Muhyidin berkata, tiada keperluan untuk homestay memohon siijil halal jika tidak menyediakan makanan. 

 

“Namun, jika ia menawarkan perkhidmatan bufet atau memasak kepada pelanggan, permohonan di bawah kategori premis makanan perlu dibuat,” katanya.

 

Mengulas kekeliruan orang ramai berhubung status hotel Mesra Muslim yang disangka mempunyai sijil halal pula, beliau berkata,  pengiktirafan itu membawa makna berbeza meskipun ada segelintirnya mempunyai ciri yang kelihatan serupa.

 

“Pensijilan (halal) di hotel ini melibatkan dapur dan juga restoran di hotel.

 

“Jadi kalau kita kata soal tempat kemudahan untuk solat, surau dan sebagainya, itu di bawah skop yang kita sebut Mesra Muslim,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners