Apr 08, 2026 7AM
JAKIM Santuni Kunjungan Hormat daripada Kuantan Port PUTRAJAYA – JAKIM melalui…

JAKIM Santuni Kunjungan Hormat daripada Kuantan Port
PUTRAJAYA – JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima kunjungan hormat daripada Kuantan Port pada 3 April 2026 yang lalu di Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.
Kunjungan hormat ini telah disantuni oleh YBrs. Tuan Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah BPH bersama-sama pegawai-pegawai daripada BPH. Perbincangan menumpukan kepada pelaksanaan skim logistik halal, termasuk aspek pengangkutan dan penggudangan, bagi memastikan setiap proses mematuhi piawaian halal dan mengekalkan integriti sepanjang rantaian bekalan.
Inisiatif pelabuhan halal ini dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal serantau. Inisiatif tersebut juga seiring dengan aspirasi pembangunan hab halal di Pantai Timur serta perkembangan peranan Kuantan Port Consortium dalam memudahkan perdagangan halal serantau.
Diharapkan kerjasama strategik ini akan membuka ruang kepada pembangunan standard, infrastruktur dan tadbir urus logistik halal yang lebih menyeluruh, seterusnya menyokong pertumbuhan industri halal negara pada masa hadapan.
#YakiniHalalMalaysia
#JAKIMUntukUmmah
#MADANIMembantu
#MalaysiaMADANI
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

