Apr 08, 2026 9AM
Bahagian Pengurusan Halal JAKIM Santuni Lawatan daripada Lajnah Siasah…

Bahagian Pengurusan Halal JAKIM Santuni Lawatan daripada Lajnah Siasah Syariyyah, APIUM
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima lawatan daripada Lajnah Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) pada 2 April 2026 yang lalu di Ruang Aktiviti Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.
Lawatan tersebut melibatkan seramai 36 orang pelajar bersama 4 orang pensyarah pengiring dan bertujuan memberi pendedahan berhubung peranan serta fungsi JAKIM sebagai pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia. Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman peserta terhadap prosedur, standard dan sistem pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat global.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Muhammad Aiman bin Mohd Yazid, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, BPH JAKIM menerusi tajuk “Pengenalan Pensijilan & Pengiktirafan Halal Malaysia”. Dalam sesi tersebut, para peserta didedahkan dengan maklumat berkaitan sejarah, sistem, prosedur pensijilan halal Malaysia serta isu-isu semasa berkaitan halal.
Diharapkan agar lawatan ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada para pelajar dalam memahami ekosistem pensijilan halal Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kesedaran terhadap kepentingan halal dalam aspek pentadbiran, industri dan masyarakat.
#YakiniHalalMalaysia
#JAKIMUntukUmmah
#MADANIMembantu
#MalaysiaMADANI
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

