Apr 06, 2026 4PM
KENALI CIRI-CIRI BULU BABI • Keras (stout bristle hairs). • Bercabang pada…

KENALI CIRI-CIRI BULU BABI
• Keras (stout bristle hairs).
• Bercabang pada bahagian hujungnya (flagged tips).
• Rupa bentuk fizikal iaitu bercabang tiga.
• Kulit babi mempunyai 3 titik yang berlubang, di setiap lubang tersebut terdapat sehelai *bulu* yang keluar atau tumbuh, salah satu bulu tersebut bercabang 3 pada bahagian hujungnya.
Antara Kaedah Pengesanan Kulit/Bulu babi (Analisis Makmal Yang Umum)
• Apabila bahan tersebut dibakar, bau yang terhasil adalah seperti rambut terbakar.
• Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium hydroxide. Sekiranya ia larut dalam pelarut itu, ia menunjukkan kehadiran ciri-ciri haiwan.
• Sampel boleh dilihat menggunakan mikroskop (Scanning Electron Microscope, SEM) sama ada lubang/liang tembus atau tidak. Sekiranya sampel tersebut adalah haiwan, ia akan tembus sehingga ke dalam.
• Rentas lapisan kulit akan dilihat menggunakan mikroskop bagi menentukan jenis haiwan.
Babi adalah haiwan yang diharamkan kepada umat Islam kerana ia adalah najis mughallazah (berat) dan merupakan antara vektor penyebaran penyakit kepada manusia.
Oleh yang demikian, umat Islam haruslah berhati-hati memilih produk kegunaan seharian.
Sumber -Bahagian Hab Halal , JAKIM .
Hantaran – 6 January 2020.
#YakiniHalalMalaysia
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

