Back To Halal News

Jan 18, 2024 4PM

HLIB dan Andalusia Tours beri akses pembiayaan ibadah umrah dan haji patuh syariah.

Hong Leong Islamic Bank (HLISB) bersedia menawarkan kemudahan pembiayaan bagi menunaikan umrah atau haji melalui kerjasama strategik dengan Andalusia Travel & Tours (Andalusia) yang ditandatangani baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi berkata, melalui perkongsian itu, pelanggan Andalusia boleh memohon pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah daripada HLISB.

Dari kiri : Pengerusi HLISB, Datuk Seri Dr Md Hamzah Md Kassim; Pengarah Andalusia, lda Riswana ldris, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Hong Leong Bank Zalman Zainal.

Dafinah berkata, sebagai sebahagian daripada kerjasama, HLISB akan menawarkan Akaun Pay & Save-i dan Pembiayaan Peribadi-i kepada semua yang ingin menunaikan ibadah umrah.


“HLISB akan melengkapkan pakej umrah Andalusia dengan rangkaian produk perbankan Islam yang komprehensif, sejajar dengan komitmennya untuk menegakkan nilai Islam dalam sistem perbankan dan memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan Muslim yang pelbagai,” katanya.


Menurut  Pengarah Andalusia, lda Riswana ldris, pembiayaan adalah berdasarkan Murabahah Tawarruq ini adalah berlandaskan kepada hukum maqosid Syariah dan diharuskan oleh syara’ bagi membolehkan seramai mungkin umat Islam menunaikan fardhu haji dan umrah.


Katanya lagi dengan tawaran ini akan  memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat Islam untuk mengurus kewangan dengan berkesan dalam era digital hari ini, sambil menunaikan kewajipan agama dengan asas kewangan patuh Syariah. 


Dalam pada itu, Andalusia menyasarkan seramai 80,000 orang bakal menunaikan umrah setahun pada musim umrah 1446 Hijrah.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

27 Jul 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:50 (28 Jul 2024)

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:43:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase