Apr 13, 2023 10AM
Keberkatan Kongsi Rezeki di bulan Ramadan
Ramadan yang mulia ini semestinya bulan yang menjadi galakan kepada setiap umat Islam untuk melakukan amal ibadah bagi mengejar ganjaran pahala yang berganda. Seruan zakat, wakaf dan sedekah sering kita dengar dan lihat di kaca televisyen, radio, media sosial dan pelbagai lagi platform. Kenapa berkongsi rezeki itu menjadi kewajipan dan galakan terutama sekali di bulan puasa?
Gandaan Pahala
“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah menjanjikan ganjaran pahala yang berganda kepada setiap amalan yang dilakukan oleh hambaNya. Tidak kira apa bentuk amalan yang dilakukan, selagi mana perbuatan itu ikhlas dilakukan ke jalan Allah, maka pahala yang diperolehi akan terganda sehingga 700 kali ganda.
Sunnah Rasulullah SAW
Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawa. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan Ibn Hajar Al-Asqalani, kedermawaan Rasulullah SAW itu seperti angin yang berhembus, sangat ringan dan cepat. Baginda tidak berfikir panjang untuk memberi dan kedermawaan Baginda diibaratkan seperti angin bertiup kerana ia membawa manfaat kepada semua.
Menghapuskan dosa seperti air mengalir memadan api
“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)
Manusia tidak lari dari melakukan dosa yang berpunca daripada hawa nafsu sendiri sehingga mendatangkan ketidaktenteraman pada diri. Hadis tersebut memberi gambaran bahawa sedekah itu dilihat sebagai air yang memadan api (dosa). Apabila dosa-doa terhapus, hawa dingin menyapa badan dan sekaligus memberi ketenangan jiwa kepada mereka.
Bertambah rezeki dan kekayaan.
Orang yang bersedekah, rezekinya tidak berkurang malah lebih bertambah. Setiap sedekah yang diberi, rezekinya akan bertambah dan berganda. Mengikut sifir Allah, berkongsi harta dengan orang lain terutamanya mereka yang memerlukan, harta tersebut akan bertambah.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatkangandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui.”- (Surah Al-Baqarah ayat 261)
Sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit malah sedekah ini boleh dijadikan dalam bentuk makanan, pakaian, ubat-ubatan dan setiap bentuk pemberian yang ikhlas serta memberi memberi manfaat kepada si penerima.
Menjelang penghujung Ramadan ini, ramai yang mula berkongsi rezeki dari segi makanan seperti anjuran majlis buka puasa bersama anak yatim dan asnaf, edaran bubur lambuk percuma. Ada juga yang menawarkan tiket bas dan baju raya percuma daripada para usahawan Muslim yang ikhlas berbakti kepada saudara sesama Islam. Sedekah juga ada diberi di dalam bentuk hadiah seperti kuih raya, barang keperluan mandian, hamper raya dan sebagainya.
Nak bersedekah dan raikan orang sekeliling dengan hadiah hamper yang unik dan bermanfaat? Dapatkan ubat gigi Zaitun serendah RM6.90 sahaja dan gubah sebagai hamper raya anda! Kongsi rezeki anda dan sekaligus memberi manfaat kepada si penerima yang akan menggunakannya untuk kesihatan mulut mereka. Promosi Ramadan ubat gigi Zaitun menawarkan potongan harga sehingga 10% dan penghantaran percuma bagi setiap pembelian RM40.
Dapatkan hamper raya unik anda di sini.
Waktu Solat
05 Dec 2024
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:44